KUALA LUMPUR 3 Jun – Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan. Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin meruncing, mencecah 9,020 kes pada 29 Mei lalu. Sehubungan itu, katanya, keputusan tuntas dengan mengumumkan perintah sekatan pergerakan menyeluruh perlu dibuat kerajaan bagi membendung risiko perkhidmatan kesihatan daripada lumpuh. “Kita bentangkan pelan kontingensi dan pengurusan COVID-19 sejak awal Mei apabila kadar kebolehjangkitan atau Rt mula meningkat, sekitar 1.1 hingga 1.2. Oleh itu,…
Read MoreVaksinasi : Peratusan Malaysia lepasi jiran
TANJONG 3 Jun – Kadar peratusan rakyat Malaysia yang telah menjalani pemvaksinan sekurang-kurangnya satu dos, telah melepasi negara jiran, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Katanya, setakat semalam Malaysia merekodkan 105,655 suntikan dengan kebanyakannya merupakan suntikan dos pertama. “Walaupun ini bukan satu perlumbaan, adalah baik untuk kita sentiasa menanda aras dengan negara-negara lain. Manakala dari segi kadar suntikan harian, saya telah minta supaya ia sentiasa ditingkatkan dari hari ke hari,” katanya pada sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin…
Read MoreMITI bukan penentu tunggal
PUTRAJAYA 3 Jun – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bukan penentu tunggal dalam memutuskan sama ada sesuatu sektor perniagaan itu dianggap penting atau sebaliknya, tegas Menteri Kanan Ekonomi Azmin Ali. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, surat kebenaran beroperasi oleh Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) hanya dikeluarkan setelah kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor yang dibenarkan beroperasi, memberi pengesahan kepada MITI. Jelasnya lagi, sehingga kini, 15 Kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing. Azmin berkata, setelah kementerian-kementerian…
Read MorePelajar Singapura mula vaksinasi
SINGAPURA 3 Jun – Seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 31 Mei lalu, para pelajar Singapura hari ini mula mendapatkan vaksin di pusat vaksinasi yang dikhususkan untuk golongan itu. Para pelajar dengan keutamaan kepada mereka yang mengambil peperiksaan N, O dan A tahun ini, serta para pelajar keperluan khas mula mendaftar untuk vaksinasi sejak pendaftaran dibuka pada 1 Jun lalu. Mengikut rekod Kementerian Pendidikan (MoE), pada hari pertama pendaftaran, lebih 26,000 pelajar mendaftar untuk menempah slot vaksin Pfizer-BioNTech itu. Sebanyak 52,000 ibu bapa atau pelajar menerima pesanan…
Read MoreNama baharu varian Covid-19
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberikan nama baharu varian Covid-19 bagi mengelakkan stigma dan memudahkan perbincangan malahan menghentikan amalan mengenali varian itu mengikut negara ia mula ditemukan. Varian Britain kini dikenali sebagai varian Alpha; Afrika Selatan sebagai Beta; Brazil sebagai Gamma dan India sebagai Delta. WHO berpendapat tindakan menamakan semula varian-varian itu dibuat memandangkan nama saintifik seperti B.1.351, 501Y.V2 dan 20H/501Y.V2 yang diberikan para saintis terlalu panjang dan rumit. Malahan nama saintifik tersebut juga sukar disebut dan diingati malahan cenderung untuk disalah lapor. Ini adalah untuk menjejaki evolusi varian berdasarkan…
Read MorePerancis vaksinasi remaja 15 Jun
PARIS: Perancis akan memulakan kempen vaksinasi remaja seawal usia 12 tahun dengan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech bermula 15 Jun ini. Presiden Emmanuel Macron berkata, remaja berusia 12 hingga 18 tahun akan dibenar mendapatkan vaksin mulai tarikh itu. Langkah itu dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan penutupan sekolah pada bulan September disebabkan risiko Covid-19. Perancis memulakan vaksinasi akhir tahun lalu dengan keutamaan kepada rumah jagaan, golongan risiko dan morbiditi sebelum dibuka bermula 31 Mei kepada individu berusia 18 tahun ke atas. Jumlah kes positif baharu di Perancis sebanyak 10,000 untuk dua hari berturut-turut…
Read MoreHari tanpa tembakau..UK
Stopping smoking is one of the best things you will ever do for your health. When you stop, you give your lungs the chance to repair and you will be able to breathe easier. There are lots of other benefits too – and they start almost immediately. It’s never too late to quit. Let’s do this!
Read MoreLanjut perintah berkurung
PERINTAH berkurung di bandar kedua terbesar Australia, Melbourne dilanjutkan untuk tempoh selama satu minggu lagi. Pemangku Ketua Menteri Victoria, James Merlino memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan pengesanan kluster Covid-19 yang meningkat. “Kalau kita biarkan tanpa dikawal, angka akan mencanak naik,” katanya. Melbourne akan terus dikenakan sekatan selama tujuh hari lagi bermula Jumaat, namun sekatan berkaitan pandemik akan dilonggarkan di beberapa tempat lain di bandar itu. Terdahulu, seorang individu dari Melbourne dilaporkan menghadiri majlis perkahwinan di India dan dia dikatakan tidak dijangkiti ketika berada di negara itu tetapi dijangkiti ketika dalam…
Read MoreERL gantung perkhidmatan
KUALA LUMPUR 3 Jun. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 serta bilangan pengguna terhad, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menggantung semua perkhidmatan trennya mulai esok, 4 Jun. Tempoh penggantungan akan dibuat sehingga notis lanjut dikeluarkan. ERL dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat selain mengambil kira arahan terkini kerajaan berhubung langkah bekerja dari rumah serta sekatan perjalanan lebih ketat yang bermula 1 Jun. “Bagi memastikan ERL mampu meneruskan perkhidmatan kepada semua pelanggannya sebaik sahaja PKP ditamatkan dan…
Read MoreDikompaun semasa jamu selera
KUALA LUMPUR 3 Jun – Degil, tidak peduli atau sengaja mencabar pihak berkuasa. Persoalan timbul apabila ada pemilik premis makanan membenarkan pelanggan menjamu selera di kedai mereka. Semalam, sebuah premis di kompleks perniagaan di ibu kota dikompaun RM10,000 kerana membenarkan pelanggan makan di dalam premis itu, semasa operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur Azman Ayob berkata dalam operasi 12.45 tengah hari itu, lima pelanggan yang sedang makan di premis berkenaan turut dikompaun RM2,000 seorang. Pemeriksaan polis…
Read More