China nafi pesawat ceroboh

 

CHINA mempertahan tindakannya selepas 16 pesawat tenteranya didakwa menceroboh ruang udara Malaysia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan.

Jelasnya, apa yang dilakukan China adalah mematuhi undang-undang antarabangsa.

Berdasarkan maklumat diperoleh, ia adalah rutin latihan biasa yang dilakukan tentera udara China di perairan selatan atau Kepulauan Spratly, tidak menyasarkan mana-mana negara.

“Sewaktu latihan itu, tentera udara China patuh kepada peruntukan undang-undang antarabangsa dan tidak memasuki mana-mana ruang udara negara lain.

“China telah mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia,” katanya.

Related posts

Leave a Comment