Selangor catat pertambahan kes

PUTRAJAYA 3 Jun – Selangor terus menyumbang kes harian tertinggi apabila merekodkan 3,125 kes daripada 8,209 kes yang direkodkan peringkat kebangsaan.

Semalam, Selangor mencatatkan 2,728 kes dan dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 194,847 kes.

Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding angka yang direkodkan semalam.

Negeri yang mencatatkan peningkatan kes adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 801 (701), Johor 752 (554), Sarawak 594 (588), Perak 384 (224), Kedah 373 (283), Melaka 322 (209), Wilayah Persekutuan Putrajaya 33 (1).

Negeri yang menunjukkan penurunan adalah Negeri Sembilan 576 (586), Kelantan 414 (541), Pulau Pinang 303 (407), Sabah 203 (254), Pahang 135 (237), Terengganu 127 (224), WP Labuan 62 (159) dan Perlis 5 (7)

Related posts

Leave a Comment