Sasaran 200,000 sehari diberi vaksin

ISKANDAR PUTERI 8 Jun – Sehari lebih 200,000 orang. Itu sasaran kerajaan untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 mulai Julai ini kepada lebih 200,000 orang dan kemudian ditingkatkan kepada lebih 300,000 orang sehari mulai Ogos. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata antara langkah yang dilakukan bagi mencapai angka itu termasuk membuka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara. “Jika kita boleh lakukannya, saya yakin kita boleh capai sasaran kita untuk memvaksin 80 peratus daripada penduduk menjelang Oktober,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF)…

Read More

5,566 kes baharu 76 kematian

PUTRAJAYA 8 Jun – Malaysia mencatatkan sebanyak 5,566 kes Covid-19 hari ini,  meningkat sedikit berbanding 5,271 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak empat adalah kes import yang menerima jangkitan dari luar negara. Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan kes kematian baharu merekodkan sebanyak 76 kes menjadikan jumlah kumulatifnya kini adalah 3,536 kes. Kematian melibatkan 18 kes di Selangor, 13 di Johor,sembilan  di Negeri Sembilan, lapan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh  di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing empat di Kelantan, Melaka, dan Kedah, tiga  di Terengganu,…

Read More

Lima negeri catat penurunan

PUTRAJAYA 8 Jun – Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes walaupun tidak dalam jumlah yang besar manakala Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan penurunan kes. Perlis satu-satunya negeri yang tidak berubah apabila kekal satu kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu 539 berbanding 538 semalam. Selangor masih menjadi penyumbang tertinggi di mana daripada jumlah keseluruhan kes harian peringkat pusat iaitu 5,566, sebanyak 1,524 adalah dari Selangor Kes di Selangor itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 1,374 semalam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu…

Read More

Kes baharu Thailand 2,662

BANGKOK 8 Jun – Sebanyak 2,662 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan di Thailand hari ini dengan 28 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 182,548 kes dan 1,297 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, 2,128 adalah kes dalam masyarakat termasuk 16 kes import manakala 534 lagi melibatkan penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian melibatkan 11 lelaki dan 17 wanita yang berumur antara 40 hingga 92 tahun. Kebanyakan menghidap pelbagai penyakit. Bangkok turut merekodkan 23 kematian diikuti setiap satu di Chachoengsao, Nakhon Ratchasima, Ratchaburi, Pathum Thani dan Surat Thani.…

Read More

Sembilan kes di Singapura

SINGAPURA 8 Jun – Singapura melaporkan sembilan kes baharu Covid-19 setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,219. Satu daripada empat jangkitan tempatan yang dilaporkan hari ini ada hubung kait dengan kes-kes lalu dan sudah dikenakan kuarantin. Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi kes tempatan tanpa hubung kait termasuk dua jangkitan dalam masyarakat dan satu di asrama pekerja. Lima kes import pula termasuk dua warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) negara ini. Kesemua kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di Singapura.

Read More

Filipina catat 4,777 kes baharu

MANILA 8 Jun – Jabatan Kesihatan Filipina (DoH) mencatatkan 4,777 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,280,773 kes. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 7,122 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,202,257 orang pulih atau 93.9 peratus. Jumlah kematian pula terus meningkat kepada 22,064 orang apabila 95 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Kes aktif pula sebanyak 56,452 orang atau 4.4 peratus.

Read More

MUIS mula daftar korban di Australia

SINGAPURA 8 Jun – Pendaftaran ibadah korban tahun ini mula dibuka hari ini sehingga 13 Julai melalui 51 buah masjid yang disenaraikan. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), setiap daripada 51 masjid itu menawarkan 120 ekor kambing pada harga antara S$320 hingga S$370 seekor. Pendaftaran bergantung kepada bekalan yang ada dan siapa dahulu didahulukan. Ini adalah tahun kedua, ibadah korban diadakan di Australia berikutan, tiada ternakan akan diimport ke Singapura berikutan pandemik Covid-19. Seperti tahun lalu, pihak masjid akan menguruskan pelaksanaan ibadah korban di Australia dengan daging korban ini dibekukan…

Read More

Bahaya beli vaksin orang tengah

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai bahaya membeli vaksin yang mahal daripada orang tengah, kata Penolong Ketua Pengarah WHO Mariangela Batista Galvao Simao, untuk Akses kepada Ubat-ubatan dan Produk Kesihatan. Justeru, beliau mengingatkan negara-negara supaya membeli vaksin yang diperakui oleh WHO dan mengenal pasti asal-usul produk itu. “Kami juga sedar wujud kebimbangan akan vaksin lain … melalui orang tengah (satu vaksin) pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga sebenar yang dijual oleh pengeluar,” katanya menjawab soalan wartawan pada sidang media di sini. Isu peranan perantara untuk membeli…

Read More

Sultan Selangor kecewa, dukacita

SHAH ALAM 8 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) mempercepat dan menambah bilangan dos vaksin untuk rakyat negeri itu berikutan peningkatan kes Covid-19 dan kematian berkaitan pandemik itu. Baginda terkejut apabila disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), sehingga 1 Jun 2021, Selangor hanya menerima 615,210 dos vaksin bukan 2.9 juta dos seperti didakwa sebelum ini. “Adalah tidak adil apabila nisbah jumlah pemberian dos vaksin ketika ini tidak seimbang dengan jumlah populasi keseluruhan penduduk di negeri Selangor yang berjumlah…

Read More