NEW York akan melonggarkan lebih banyak sekatan selepas 70 peratus daripada 20 juta rakyatnya diberikan suntikan dos pertama vaksin Covid-19. Sasaran tersebut diharap dapat dicapai dalam masa terdekat, menurut Gabenor Andrew Cuomo berkata, sasaran itu diharap dapat dicapai dalam masa terdekat. Apabila kita mencapai 70 peratus, saya merasa yakin untuk berkata kepada penduduk di bandar ini, kita boleh melonggarkan kesemua sekatan. “Ketika ini kita pada tahap 68.6 peratus, hampir mencapai sasaran, tetapi kita mahu capai 70 peratus,” katanya di New York pada Isnin. Bagaimanapun, katanya, peraturan berhubung Covid-19 akan tetap…
Read MoreUK tawar vaksinasi orang dewasa
MULAI hari ini, Isnin 8 Jun, semua orang dewasa berumur 25 hingga 29 tahun di England yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh membuat janji temu dos pertama mereka. Langkah itu sebagai usaha United Kingdom (UK) ke arah mencapai sasaran menawarkan vaksin kepada semua orang dewasa pada penghujung Julai. Setiausaha Kesihatan UK Matt Hancock berkata, setakat ini, 76 peratus orang dewasa UK telah diberi vaksin sekurang-kurangnya satu dos dan 52 peratus orang dewasa telah diberikan dua suntikan. Menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘kelancaran’ vaksin sangat luar biasa, beliau berkata pada…
Read MoreSemua dewasa vaksinasi percuma
NEW DELHI 8 Jun – Selepas dikritik berhubung cara pengurusan vaksinasi, Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Isnin.mengumumkan akan memberikan vaksin Covid-19 percuma kepada semua orang dewasa. Pengumuman yang dibuat melalui ucapan di televisyen itu mengubah dasar yang diperkenal pada April supaya kerajaan negeri dan sektor swasta bertanggungjawab memvaksinasi individu berusia 18 hingga 44 tahun. Katanya , mulai Isnin 21 Jun, kerajaan India akan memberikan vaksin percuma kepada negeri-negeri untuk semua warganegara berumur 18 tahun ke atas. Katanya, Kerajaan India akan memperoleh 75 peratus vaksin yang dihasilkan oleh kilang pengeluar…
Read MoreUsah terburu longgar sekatan
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara-negara yang berdepan penularan varian baharu yang digelar varian delta untuk tidak melonggar sekatan secara terburu-buru. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ini kerana, langkah itu bakal memberi kesan berbahaya terutama terhadap mereka yang belum divaksinasi. “Secara global, kita menyaksikan perkembangan memberangsangkan pada trajektori pandemik. Jumlah kes harian Covid-19 yang dilaporkan kepada WHO menunjukkan penurunan untuk enam minggu. “Jumlah kematian juga menurun untuk lima minggu. Namun kita menyaksikan keadaan bercampur di seluruh dunia, “ katanya pada taklimat media semalam. Menurut…
Read MoreDua kluster ziarah Aidilfitri
KOTA KINABALU 8 Jun – Sabah melaporkan empat kluster baharu Covid-19 semalam dengan dua daripadanya berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun. Dalam kenyataannya malam tadi, Kluster Kampung Bolong Baru di daerah Tuaran dan Kota Belud merekodkan 33 kes dan Kluster Taman Wawasan di daerah Beaufort, Papar dan Kota Kinabalu merekodkan 30 kes. Katanya, Kluster Kampung Bolong Baru menular dalam komuniti dan tempat kerja di mana kes indeks, suri rumah, 28, dari Kampung Bolong Baru yang demam, sakit tekak, selesema,…
Read MoreMuka surat pilihan…rekod tertinggi…
BH
Read MoreMedia Hari Ini 08.07.2021
Arab Saudi kembali kepada 4 digit
RIYADH 7 Jun – Tiga digit hanya mampu bertahan seketika apabila jumlah kes harian kembali kepada empat digit, 1,161 kes berbanding 984 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 458,707. Jumlah kematian pula tidak banyak berubah iaitu 15 kematian berbanding hari-hari sebelumnya 16 kes menjadikan jumlah keseluruhan 7,471 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,216 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 441,860. Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 438 kes, diikuti Riyadh 204, Timur 178 dan Madinah 81. Jumlah kes aktif yang sedang dirawat pula adalah 9,376 dan…
Read MoreKes baharu di India 100,636
NEW DELHI 7 Jun – India mencatatkan 100,636 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kes harian terendah sejak dua bulan kebelakangan ini. Jumlah keseluruhan kes sebanyak 29 juta manakala 349,186 meninggal dunia dengan pertambahan 2,427 lagi kematian. New Delhi dijadual akan mula melonggarkan sekatan Covid-19 pada Isnin. Perkhidmatan kereta api bawah tanah akan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus penumpang dan kedai akan dibuka secara berperingkat. New Delhi dikenakan kawalan pergerakan diperketatkan sejak 19 April untuk membendung gelombang kedua wabak. Sementara itu,All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) akan menjalankan…
Read More6,993 kes baharu Indonesia, 191 maut
JAKARTA 7 Jun – Kes harian jangkitan Covid-19 mengatasi jumlah pesakit sembuh apabila angka jangkitan yang direkodkan sebanyak 6,993 manakala 5,594 orang dilaporkan pulih. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 1,711,565 orang sementara jumlah kes positif 1,863,031 orang. Jumlah kes aktif pula bertambah sebanyak 1,298 menjadikan jumlah kumulatif 99,663 sementara kes kematian pula meningkat kepada 51,803 termasuk 191 kematian yang dilaporkan hari ini. Lima wilayah merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Tengah yang mencatatkan 1,221 kes dan kumulatifnya 183,615 diikuti Jawa Barat 974 (296,168), Jakarta 841 (416,971),…
Read More