Filipina catat 4,777 kes baharu

MANILA 8 Jun – Jabatan Kesihatan Filipina (DoH) mencatatkan 4,777 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,280,773 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 7,122 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,202,257 orang pulih atau 93.9 peratus.

Jumlah kematian pula terus meningkat kepada 22,064 orang apabila 95 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Kes aktif pula sebanyak 56,452 orang atau 4.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment