China dahului pemberian vaksin

CHINA terus mendahului pemberian vaksin dengan 1.5 bilion dos daripada sejumlah lebih 3.81 bilion yang direkodkan seluruh dunia.

Setakat pukul 7 pagi ini (waktu Malaysia), data Johns Hopkins University menunjukkan China merekodkan 1,524,897,000.

India merekodkan 427,882,261 diikuti Amerika Syarikat 339,971,657.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dengan 125,071,969, United Kingdom 83,950,698 serta Jerman 89,040,601.

Jepun merekodkan lebih 73 juta dos, Perancis lebih 68 juta dos, Turki 65 juta dos dan Itali 64 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 60.48 juta, Malaysia dan Filipina lebih 16 juta dos manakala Thailand kini lebih 15 juta dos dan Singapura dengan lebih 6.9 juta dos.

Related posts

Leave a Comment