Nafi wujud ugutan pecat

PUTRAJAYA 30 Ogos – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menafikan wujud ugutan dan desakan supaya beliau dipecat sebagai Naib Presiden UMNO sekiranya tidak menunaikan permintaan parti membubarkan Parlimen secepat mungkin.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, perbincangan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung dalam keadaan mesra.

“Tak ada apa. Kita bincang dalam keadaan mesra.

“Tak ada isu, kadang-kadang orang luar melihat lain daripada apa yang berlaku di dalam,” katanya selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri ditanya mengenai desas desus yang menyatakan Mesyuarat MKT pada Sabtu lalu mendesak dan mengugut beliau dipecat sebagai Naib Presiden UMNO sekiranya tidak membubarkan Parlimen dengan segera.

Related posts

Leave a Comment