Kematian ke-34 di Singapura

SINGAPURA 9 Jun – Seorang wanita tempatan berusia 86 tahun meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19, menjadikan angka kematian di Singapura meningkat kepada 34 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan malam tadi, wanita itu mempunyai sejarah menghidap sejenis penyakit kencing manis yang diberi nama diabetes mellitus, kolesterol tinggi, penyakit darah tinggi dan hiptirodisme.

Beliau disahkan dijangkiti Covid-19 pada 30 April semasa dimasukkan ke wad Hospital Khoo Teck Puat atas keadaan perubatan yang tidak berkaitan. Beliau tidak divaksin bagi Covid-19.

Semalam empat kes jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura termasuk seorang penghuni asrama pekerja.

Tiga daripada kes baharu itu merupakan jangkitan dalam masyarakat, satu berhubung kait dengan kes lalu, dua kes jangkitan tempatan tiada hubung kait dengan kes-kes lain dan dikesan menerusi ujian pemantauan.

Salah satu daripada kes berkenaan melibatkan seorang Penduduk Tetap Singapura (PR) berusia 54 tahun yang bekerja sebagai pengurus kapal di NYK Shipmanagement.

Satu lagi kes dalam masyarakat tanpa hubung kait adalah seorang wanita rakyat Malaysia berusia 35 tahun yang bekerja di kedai roti Four Leaves di ION Orchard dan AMK Hub.

Kes di asrama pekerja asing pula melibatkan lelaki warga Bangladesh berusia 31 tahun,  tukang paip dan tukang pasang paip.

Semalam Singapura melaporkan sembilan kes baharu, jumlah terendah kes harian dalam tempoh hampir tiga bulan sejak melaporkan lapan kes pada 13 Mac. Kini

Singapura melaporkan 62,219 kes jangkitan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment