EMA harap Moderna lulus

AMSTERDAM: Badan kawal selia ubat-ubatan Eropah (EMA) berharap dapat memberikan keputusan kebenaran penggunaan vaksin Covid-19, Moderna kepada kanak-kanak berusia 12-17 tahun bulan depan.

EMA akan mempercepatkan penilaian data yang dikemukakan, tetapi menjangkakan kelewatan sekiranya maklumat tambahan diperlukan.

Vaksin dua dos itu sudah digunakan Kesatuan Eropah (EU) tetapi hanya untuk individu berusia 18 tahun dan ke atas.

Vaksin itu juga digunakan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Sekiranya diluluskan, vaksin Moderna akan menjadi vaksin kedua digunakan untuk kanak-kanak di negara EU selepas Pfizer yang diberi lampu hijau bulan lalu.

Vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak dilihat penting untuk mencapai imuniti berkelompok bagi melawan Covid-19.

Moderna sebelum ini menyatakan kanak-kanak yang berumur 12 hingga 15 tahun layak menerima vaksin yang dihasilkan syarikat itu selepas ujian klinikal membabitkan 2,260 kanak-kanak menunjukkan kadar keberkesanan 100 peratus, tanpa ada mengalami gejala kecuali 18 orang yang diberi plasebo.

Pfizer dan Moderna telah melengkapkan ujian klinikal vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Pengeluar itu turut menguji vaksin bagi kanak-kanak yang lebih muda, bergantung bagaimana vaksin itu bertindak kepada peringkat usia itu.

Related posts

Leave a Comment