Kadar R-naught Covid-19 0.95

PUTRAJAYA 9 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan selama lebih dua minggu berturut-turut.

Angka itu susut ke 0.95 pada Selasa berbanding 0.97 hari sebelumnya.

Bagaimanapun, beberapa negeri masih mencatat kadar R-naught melebihi purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.26.

Ini diikuti Sabah, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur dan Perak.

Selangor, Johor, Putrajaya, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Perlis merupakan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment