2.173 bilion dos didaftar

LEBIH 2.173 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Selasa, 8 Jun.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan 794 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 302 juta dos manakala India dengan 236 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil manakala  Jerman 55 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 40 juta dan 39 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 28.9 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina pula 5.96 juta dos, Singapura 4.04 juta dos diikuti Thailand 4.6 juta dos dan Malaysia di kedudukan kelima negara dengan jumlah dos sebanyak 3.63 juta.

Related posts

Leave a Comment