Mi rebus mi goreng Bob Kota Damansara

JEMU makan nasi? Jom cuba mi rebus atau mi goreng di Warung Bob & Family di Jalan Cecawi, Kota Damansara. Mi ala Penang atau Kedah ini sudah tentu ada cucur atau kuih, tauhu, taugeh, dan telur rebus. Bagi yang merindui mi manak utara bolehlah mencuba di sini.

Sepinggan RM6, dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Boleh tambah paru, daging atau sotong.

Nak tahu sedap atau tidak bolehlah cuba sendiri. Tekak kita tidak sama tetapi bagi saya dari Penang, puas hati dengan mi rebus dan mi goreng Bob. Selamat mencuba.

Related posts

Leave a Comment