Nasi daging Pongsu Seribu di Kajang

SEBUT nasi daging, ada beberapa lokasi atau gerai yang boleh dikunjungi mereka yang menggemari nasi ini di Pulau Pinang khususnya di Seberang Perai.

Antaranya di Simpang Empat Permatang Buluh, Pongsu Seribu, Nyior Sebatang dan Kampung Pelet. Itu senarai kedai atau restoran yang pernah saya kunjungi (Rujuk Selera)

Kini, salah sebuah restoran itu membuka cawangan di Kajang iaitu Nasi Daging Pongsu Seribu.

Restoran ini terletak di No. 1-G Jalan Damai Mewah 1 A, Taman Damai Mewah, Kajang. Dibuka mulai 18 Februari 2021.

Kekuatan nasi daging ini terletak pada air asamnya – campuran cili dan buah tomato. Sesetengah tempat nasi daging ada kuah lain selain sup.

Di restoran ini, nasi bersama sup dan daging serta air asam ini didatangkan dengan pakej air – sejuk dan panas. Boleh tambah air percuma (ikut iklan Free refill seumur hidup) Harga setiap satu set RM9.90. Jika  pilih nasi daging double, iaitu dua mangkuk sup daging, harganya RM14.90.

Selain nasi daging ada juga dijual nasi ayam. Jika pilih nasi daging dan ayam harganya RM14.90.

Menu akan datang bihun sup daging atau ayam.

Related posts

Leave a Comment