Nasi Lemak Comel

PAGI ni selepas solat Subuh, kayuh basikal pelan-pelan keluar ke kawasan Masjid Bandar Seri Putra. Pusing-pusing cari apa yang sesuai untuk menyorok. Dan tidak jauh dari situ ada satu gerai Nasi lemak comel RM1. Madsud comel ni biasanya termasuklah ‘kecik’. Benarlah saiz tak sebesar nasi lemak biasa. Rasanya eloklah untuk lapik perut. Pagi-pagi jangan sumbat banyak sangat. Berbaloi dengan harganya. Khabarnya ada restoran di Bangi.

Related posts

Leave a Comment