Jus nanas serta nanas goreng

MENYOROK apa pagi ni?

Jom singgah di Saudagar Nanas Agrofarm, Sungai Merab, Kajang. Kedudukan di puncak bukit merupakan satu kelainan restoran ini. Lebih kurang macam minum kat puncak ladang teh Cameron Highlands.

Sambil minum sambil menikmati suasana ladang nanas serta pemandangan Bandar Baru Bangi dari puncak bukit itu.

Sarapan pagi biasanya nasi lemak, lempeng kelapa bersama sambal tumis ikan bilis, dan nanas goreng.

Minuman pastinya jus nanas di samping ada juga minuman panas seperti kopi perisa nanas.

Selepas sarapan pagi, waktu petang ada juga Western Food.

Lokasinya simpang Villa Merab. Boleh saja tanya google maps di mana lokasi Saudagar Nanas Agrofarm

Related posts

Leave a Comment