Bengkang tepung

Menyorok apa pagi ini?

Singgah di kedai Gulai Ikan Temenung Haji Jamil, di Jalan Batas Paip, Kuala Kedah, Kedah, anda boleh pilih kuih muih tradisional untuk ‘cuci mulut’. Ada gerai berhampiran.

Menarik perhatian adalah bengkang tepung. Teringat suatu masa dulu, waktu kanak-kanak emak memasang bengkang ini. Di atas periuk ada sabut untuk membakar bengkang ini.

Agak jarang ditemukan bengkang tepung ini berbanding bengkang lain. Pelbagai jenis bengkang serta seri muka dan kuih talam ada di situ. Ada juga tapai dan ‘pulit kacau’.

Singgahlah di situ.

Related posts

Leave a Comment