Mochi Pak Aziz BSP

MOCHI PAK AZIZ

PAGI ini sambil membeli Mochi  untuk menyorok, sempat bertanya khabar penjualnya, Pak Aziz. Tentulah berkaitan kenaikan harga barang. Pak Aziz pun sudah tidak tahan dengan kenaikan kos bahan mentah. Harga tepung pulut dan kacang juga naik malahan plastik pembungkus juga naik.

Maka bulan depan, Pak Aziz terpaksa menaikkan harga dari RM5 kepada RM6. Beliau tidak mahu mengecilkan saiz untuk mengekalkan harga. Baginya kualiti tidak boleh dikorbankan. Dari dulu, beliau tidak mengejar kuantiti bagi menjaga kualiti. Maka setiap hari hanya sekitar 40 paket sahaja dijual.

Pak Aziz menjual Mochi yang diusahakan isterinya di Bandar Seri Putra. Jika dahulu beliau bergerak dari satu restoran ke satu restoran mencari pelanggan, tetapi hari ini beliau berniaga di hadapan Restoran Arsad, berhampiran stesen minyak Petron.

Keaslian dan keenakan Mochi Pak Aziz telah membawa beliau dan isteri menjadi tetamu program di TV3.

Related posts

Leave a Comment