Roti jala gergasi

BAGI yang ada di Pulau Pinang terutama sekitar Batu Feringgi bolehlah cuba menyorok di Belimbing Cafe Corner.

Mudah sahaja lokasinya. Dari Batu Feringgi, jumpa bulatan, masuk ke kiri  Kedudukan kedai sebelum Craft Batik atau berdekatan Toy Museum.

Apa ada di sini ? Pilihan saya roti jala gergasi dengan kari ayam. Anak saya pilih roti canai sarang burung dan nasi lemak. Cuci mulut pula dengan tapai pulut.

Roti Jala Gergasi ini ditebar atas kuali besar dan satu kuali lebih kecil. Dua keping roti ini dikira satu set.

Lupa pula nak tanya harganya. Apa pun set roti jala dengan kari daging (serta daging), roti sarang burung, dua keping roti Gardenia dan kari ayam (serta ayam) dan dua roti canai kosong serta teh O kosong, milo ais dan air suam, harganya RM20.50.

Selamat mencuba.

Related posts

Leave a Comment