WASHINGTON – Selepas lebih kurang lima hari bertugas, Katie Zacharia meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Akhbar White House susulan kritikan berterusan terhadap prestasi serta kelayakannya.
Presiden Donald Trump mengesahkannya, sambil berkata beliau telah memberitahu Zacharia bahawa: ‘Anda tidak perlu melakukan ini (meneruskan tugas) jika tidak mahu’.
“Sejujurnya, jika saya berada di tempatnya, saya akan mempertimbangkannya semula,” kata Trump kepada pemberita.
Peletakan jawatan itu menjadikannya antara Setiausaha Akhbar White House yang paling singkat tempoh perkhidmatannya dalam sejarah moden pentadbiran AS.
Zacharia mula mendapat perhatian negatif selepas taklimat media pertamanya pada Selasa lalu yang berlangsung kira-kira 14 minit dan hanya melibatkan beberapa soalan daripada wartawan.
Beliau kemudian berdepan tekanan susulan persoalan mengenai latar belakang serta kelayakan profesionalnya, khususnya dakwaan bahawa beliau merupakan seorang peguam.
Kontroversi memuncak apabila Zacharia mengakui pada Khamis bahawa beliau tidak pernah lulus peperiksaan kelayakan guaman di Amerika Syarikat (AS), selepas kenyataan terdahulunya menimbulkan kekeliruan mengenai status tersebut.
Dalam wawancara media, beliau menjelaskan tidak pernah memberitahu Trump dirinya seorang peguam dan pelantikannya untuk mengendalikan komunikasi, bukannya urusan perundangan.
