SELEPAS berakhir episod lompat parti, berikutan akta yang menghalang wakil rakyat berbuat demikian, politik Malaysia di bawah Kerajaan Perpaduan memasuki satu era baharu. Tidak melompat, tidak keluar parti sebaliknya hanya beralih sokongan. Setakat hari ini empat orang anggota Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu mengesahkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Bermula dengan Iskandar Dzulkarnain Abdul (PN-Kuala Kangsar) diikuti Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan), semalam Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) dan hari ini Zahari Kechik (PN-Jeli). Tidak mustahil angka itu akan bertambah, sama seperti aksi melompat parti. Cuma ini ‘lebih…
Read MoreCategory: SELAK
“Apa khabar, khabar baik, Terima kasih, sama-sama”
BAGI yang mengikuti persidangan Dewan Rakyat minggu ini, iaitu pada Isnin, 23 Oktober 2023, tentunya dapat mengingati soalan-soalan berkaitan taraf kewarganegaraan yang dibangkitkan oleh dua orang wakil rakyat. Lo Su Fui (GRS-Tawau) membangkitkan lebih satu juta penduduk di Sabah tidak berdokumen, dan mendakwa KDN tidak serius menyelesaikan isu kewarganegaraan walaupun pemohon dengan dokumen yang lengkap dan menang kes mahkamah. Sementara Dr. Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) mendakwa proses mendapat kewarganegaraan memakan masa tiga, empat tahun, kadangkala tak ada jawapan atau biasanya jawapan dalam proses. Beliau merujuk kes warga emas. Menjawab…
Read MorePRK Pelangai tidak ubah apa-apa kecuali lompat parti
KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai yang berlangsung hari ini, 7 Oktober 2022 tidak mampu mengubah apa-apa kedudukan sama ada bagi Barisan Nasional (BN) yang mentadbir Pahang atau Perikatan Nasional (PN) sebagai pembangkang. Jika BN menang, ia sekadar mempertahankan kerusi itu di samping boleh terus menyatakan kepada rakyat seluruh negara bahawa rakyat menyokoong Kerajaan Perpaduan manakala bagi PN, kemenangan akan menambah kerusi mengatasi BN. PN memang mengharapkan kemenangan yang ke-18 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang selepas pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, memperoleh 17 kerusi yang disumbangkan oleh Pas…
Read MoreMereka menang, tidak dicabar
RIUH rendah dalam kalangan ahli politik terutama musuh Pas yang seolah-olah ‘memperlekehkan keputusan’ pemilihan jawatan ‘Top 5’ sempena Muktamar Tahunan Pas ke-69 yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini. Banyak pihak yang dalam istilah politik, cuba ‘spin’ kenyataan atau pengumuman oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yang menyatakan tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden. Dalam kalangan musuh Pas, ada yang cuba membandingkan pemilihan atau pertandingan di dalam UMNO yang mereka dakwa lebih ‘demokratik’ atau telus apabila hanya dua jawatan tidak dipertandingkan, presiden…
Read MoreMUDA pilih jadi pembangkang
KUALA LUMPUR 10 Sept. – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengesahkan menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta merta dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat. Syed Saddiq yang juga Presiden MUDA, berkata beliau sudah memaklumkan pendirian itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, melalui surat rasmi memohon pertimbangan berbuat demikian di bawah Peraturan Mesyuarat 2(2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat. Tindakan itu secara tidak langsung menyebabkan Kerajaan Perpaduan hilang majoriti dua pertiga. Beliau berkata, antara sebab utama tindakan itu adalah kerana langkah…
Read MoreGelombang PH landa Johor, bukan PN
ADA pandangan berbeza berhubung ‘sokongan ahli UMNO’ kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai. Ini berikutan sekurang-kurangnya 11 kain rentang mengenai cawangan UMNO menolak calon PH. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan, berkata tiada isu cawangan UMNO Bahagian Pulai menolak calon terbabit malahan ia dianggap propaganda ‘orang luar’ untuk memecah-belahkan perpaduan BN dan PH. Bagaimanapun Ketua UMNO bahagian Pulai, Nur Jazlan Mohamed mempunyai pandangan sebaliknya apabila beliau yang juga Ahli MKT itu akan menyelesaikan isu penolakan calon PH-BN oleh cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian…
Read MoreCukuplah! Mari kita kibarkan Jalur Gemilang
HENTIKAN komen yang menghentam dengan pelbagai label berhubung cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mahu mengguna tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan yang berbeza dengan Kerajaan Pusat. Cukuplah tu! Patriotik tidak pada tema dan logo. Apakah isunya jika Pemuda PN mahu menggunakan tema sendiri. Bukankah itu sekadar cadangan di peringkat parti? Bukannya mahu digunakan di peringkat kebangsaan, malahan negeri di bawah PN juga tidak dipaksa menggunakan logo atau tema itu. Terengganu lebih awal menyatakan, akan menggunakan logo dan tema yang diperkenalkan oleh kerajaan Pusat. Sejak idea Ahmad…
Read MorePakatan Rakyat pelopori tema berbeza
KECOH juga apabila Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari memperkenalkan logo dan tema alternatif sempena sambutan Hari Kebangsaan yang berbeza daripada tema yang ditetapkan oleh Kerajaan Perpaduan. Semalam Pemuda PN memperkenalkan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ berbanding tema “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” yang diumumkan kerajaan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim. Berikutan itu, empat negeri di bawah pemerintahan PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza di peringkat negeri tahun ini. Akibatnya ramai yang melatah dengan ‘jolokan’ Ahmad Fadhli. Tindakan itu mendapat kecaman…
Read MoreBukan ikut ‘menari’ tetapi mencari di mana ‘salah’
PAGI ini terima satu poster berkaitan Himpunan Aman Selamatkan UMNO. Tarikhnya 26 Ogos. Lokasi depan tiang bendera UMNO di Dataran PWTC (WTC). Tujuan desak Zahid, Tok Mat dan semua pemimpin tertinggi undur secara terhormat. Hebat. Tak tahu siapa penganjurnya. Maka timbul keraguan. Tidak lama kemudian masuk pula poster sama tetapi tertera perkataan PALSU. Habis cerita. Walaupun palsu, mesejnya jelas bahawa terdapat usaha untuk mendesak pimpinan parti berundur atau berubah selepas kekalahan UMNO yang memalukan. Cuma tidak pasti siapa yang mengambil ‘inisiatif’ palsu ini. Hakikatnya desakan untuk melihat perubahan pimpinan itu…
Read MoreKubu reformasi benar-benar berubah
LAPAN bulan lalu Parlimen Permatang Pauh berubah kepada Perikatan Nasional (PN) dan Sabtu lalu, tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi kubu reformasi pula terlepas daripada cengkaman Pakatan Harapan (PH). Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, ketiga-tiga DUN itu beralih kepada PN. DUN Permatang Pasir yang diwakili Amanah beralih kepada Pas manakala DUN Penanti dan DUN Seberang Jaya yang dikuasai PKR menjadi milik Bersatu. November lalu, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PN melalui calon Pas menamatkan penguasaan 40 tahun keluarga Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh…
Read More