10 kes baharu import di Singapura

SINGAPURA 4 April – Sepuluh kes baharu direkodkan, semuanya kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 60,478 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, seorang anak kapal yang tiba dari Malaysia adalah antara 10 kes baharu hari ini.

Pemegang pas khas yang tiba dari Malaysia menaiki sebuah kapal itu menjalani ujian Covid-19 semasa berada di atas kapal dan tidak turun.

Sembilan kes lagi termasuk dua pemegang pas pelajar yang tiba dari India dan Amerika Syarikat, tujuh lagi kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Malaysia. Dua daripadanya adalah pembantu rumah migran.

Sementara itu, 17 lagi pesakit dibenarkan pulang dari hospital yang membawa jumlah keseluruhan, 60,202 pesakit pulih sepenuhnya.

Pada masa yang sama 40 pesakit masih dirawat kebanyakannya dalam keadaan stabil manakala seorang pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

Related posts

Leave a Comment