UPKO sokong Hajiji bentuk kerajaan

KOTA KINABALU 30 Nov.  – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang mengangkat sumpah jawatan pagi ini selepas parti gabungan pimpinannya memenangi 29 kerusi. Presidennya, Datuk Ewon Benedick, berkata tiga wakil rakyat UPKO turut menyatakan sokongan kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri dan menghadiri majlis angkat sumpah di Istana Seri Kinabalu. “Saya dan rakan dalam UPKO menyuarakan kepada Hajiji beliau boleh membentuk Kerajaan Sabah yang sepenuhnya daripada parti tempatan. Selebihnya, Hajiji tentu lebih arif menentukan komposisi Kabinet Sabah,” katanya. Pada Pilihan Raya Umum…

Read More

Warisan hanya minat parti tempatan

KOTA KINABALU 30 Nov. – Parti Warisan Sabah (Warisan) hanya berminat bekerjasama dengan parti tempatan, yang takrifannya mengenai parti tempatan bukan sekadar pada nama, tetapi pada perjuangan sebenar untuk rakyat Sabah. Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau tidak mahu menenangkan diri dengan mengatakan Warisan harus berada dalam kerajaan semasa kerana perkara itu bukan mudah. “Tetapi adakah kita masih mampu memenuhi keperluan rakyat Sabah” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu, di sini, hari ini selepas Warisan memperoleh 25 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai…

Read More

Komitmen STARSABAH sokong kerajaan GRS

KOTA KINABALU 30 Nov. – Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) yang meninggalkan  Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menjelang pilihan raya baru-baru ini menyatakan komitmen menyokong Ketua Menteri,  Hajiji Noor Presidennya,  Dr. Jeffrey Kitingan berkata, STARSABAH akan menyumbang secara konstruktif kepada agenda kerajaan bagi pembangunan, kestabilan serta kemajuan. Dalam kenyataannya, beliau berkata, Sabah berhak mendapat sebuah kerajaan yang saling bekerjasama, khususnya dalam perkara berkaitan hak Perlembagaan dan kedaulatan jangka panjang. “STARSABAH mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor atas pelantikan semula sebagai Ketua Menteri. Rakyat telah bersuara, dan kami…

Read More

PN kaji punca kalah pilihan raya

SEPANG 30 Nov. – Perikatan Nasional (PN) akan melaksanakan kajian serta ‘post-mortem’ menyeluruh susulan hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17, semalam. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu bagi mengenal pasti penambahbaikan dari segi persiapan, keberkesanan jentera dan pengukuhan akar umbi. “PN menghormati keputusan PRN Sabah dan menerima mandat rakyat dengan penuh tanggungjawab, sambil terus memperkukuhkan peranan dalam politik negeri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau juga menekankan bahawa PN komited menjadi suara pengimbang yang berprinsip serta memastikan semak…

Read More

Rasmi, BN menang enam kerusi

KOTA KINABALU 30 Nov. – Barisan Nasional (BN) memenangi enam kerusi termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang berjaya dipertahankan Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin. Sebelum itu, semasa proses kiraan masih berlangsung, seorang pemimpin UMNO melalui media sosial memaklumkan keputusan tidak rasmi menunjukkan BN menang sembilan kerusi. Sementara itu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menang dengan majoriti 153 undi dalam persaingan enam penjuru. Pengerusi BN Sabah itu memperoleh 3,908 mengalahkan Miha (Bebas-Kunci) yang mendapat 3,755 diikuti calon GRS Johainizamshah Johari yang memperoleh 1,646 undi serta calon-calon…

Read More

Hajiji kekal Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU 30 Nov . – Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri untuk penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Negeri, Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini, pagi ini. Istiadat itu berlangsung kira-kira pukul 3 pagi selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuainya memenangi 29 kerusi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 semalam. Hajiji, 70, yang menyifatkan kemenangan GRS sebagai kemenangan rakyat mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah atas mandat baharu diberikan kepada beliau untuk terus menerajui kepimpinan pentadbiran negeri. “Kemenangan ini milik setiap daripada…

Read More

GRS mendahului 29 kerusi

KOTA KINABALU 30 Nov. – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun berkata, ia diikuti Parti Warisan (Warisan) 25 kerusi dan Barisan Nasional (BN) enam kerusi. Bebas lima kerusi, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) tiga, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dua, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) satu, Perikatan Nasional (PN) satu dan Pakatan Harapan (PH) satu kerusi. Dalam PRN Sabah ke-17 kali ini, seramai 1,148,476 orang atau 64.35 peratus…

Read More

Pas lakar sejarah menang di Sabah

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Buat pertama kali, Pas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah apabila calonnya Pesuruhjaya Pas negeri, Dr Aliakhbar Gulasan menang atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Karambunai. DUN Karambunai yang menyaksikan pertandingan 11 penjuru mempunyai 39,247 pengundi berdaftar dan sebelum ini dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Yakub Khan yang turut bertanding kali ini. Dalam hantaran pada akaun Facebook miliknya, Aliakbar berterima kasih dan merakamkan penghargaan kepada seluruh pengundi DUN Karambunai. “Terima kasih kerana memberikan undi kepada saya. Undi anda adalah bukti kepercayaan, pengorbanan masa…

Read More

Suami isteri tewas

KOTA KINABALU 29 Nov. – Pasangan suami isteri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan isteri, Puan Sri Diana Diego, masing-masing kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan dan Sekong. DUN Pintasan dimenangi Fairuz Renddan, yang mempertahankan kerusi itu, kali ini bertanding atas tiket Bebas, manakala kerusi DUN Sekong dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zharif Aizat Samsudin. Pada PRN16, Fairuz memenangi kerusi itu atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam saingan enam penjuru dengan memperoleh 2,744 undi, menang majoriti tipis 84 undi. Bagaimanapun kali ini, Fairuz (Bebas – Buku) menang…

Read More