Suami isteri tewas

KOTA KINABALU 29 Nov. – Pasangan suami isteri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan isteri, Puan Sri Diana Diego, masing-masing kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan dan Sekong.

DUN Pintasan dimenangi Fairuz Renddan, yang mempertahankan kerusi itu, kali ini bertanding atas tiket Bebas, manakala kerusi DUN Sekong dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zharif Aizat Samsudin.

Pada PRN16, Fairuz memenangi kerusi itu atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam saingan enam penjuru dengan memperoleh 2,744 undi, menang majoriti tipis 84 undi.

Bagaimanapun kali ini, Fairuz (Bebas – Buku) menang dengan majoriti besar iaitu 1,070 selepas memperoleh 4,675 undi manakala Pandikar Amin (GRS) memperoleh 3,605  undi dan Warisan yang diwakili Abdullah Otong memperoleh 1,167 undi.

Pandikar Amin bagaimanapun berjaya menambah undi berbanding 2,660 ketika bertanding atas tiket USNO di kawasan yang sama.

Manakala bagi kerusi DUN Sekong, Diana Diego (GRS) memperoleh 1,721 undi dalam pertandingan enam penjuru yang dimenangi calon Warisan Alias Sani dengan majoriti 800 undi.

Alias yang memperoleh 6,487 undi berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi pada pilihan raya lalu, ketika itu dengan majoriti 1,599 undi selepas memperoleh 5,937 undi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment