Rasmi, BN menang enam kerusi

KOTA KINABALU 30 Nov. – Barisan Nasional (BN) memenangi enam kerusi termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang berjaya dipertahankan Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin.

Sebelum itu, semasa proses kiraan masih berlangsung, seorang pemimpin UMNO melalui media sosial memaklumkan keputusan tidak rasmi menunjukkan BN menang sembilan kerusi.

Sementara itu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menang dengan majoriti 153 undi dalam persaingan enam penjuru.

Pengerusi BN Sabah itu memperoleh 3,908 mengalahkan Miha (Bebas-Kunci) yang mendapat 3,755 diikuti calon GRS Johainizamshah Johari yang memperoleh 1,646 undi serta calon-calon yang mewakili PIS, Warisan dan PN.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Arthur Josep Kurup pula menang kerusi Sook dengan majoriti 4,727 undi.

Dalam pertandingan lima penjuru, Ahli Parlimen Pensiangan itu memperoleh 8,307 undi menewaskan calon terdekat Ellron Angin (GRS) serta calon StarSabah (1,681), Warisan (708) dan Parti Impian Sabah (PIS) yang peroleh 71 undi.

Turut menang Jafry Ariffin (Sukau) yang memperoleh 5,143 undi dalam pertandingan tujuh penjuru.

Beliau menang dengan majoriti 1,234 undi mengalahkan pesaing terdekat dari GRS yang memperoleh 3,909 undi diikuti Warisan (1,605 undi), PN (381), PKS (48), PIS (118), dan PR (54).

Di DUN Kunak calon BN, Anil Sandhu menang dengan majoriti 2,118 undi selepas memperoleh 5,986 undi mengalahkan calon Warisan (3,868 undi), GRS (3,347), PN (898), PPRS (188) dan PIS 142 undi.

Dalam pertandingan 11 penjuru di Bengkoka, calon BN Harun Durabi memperoleh 2,485 undi dan menang kerusi itu dengan majoriti 77 undi.

Beliau menewaskan calon GRS yang memperoleh 2,408 undi, StarSabah (1,899), KDM (1,528), Warisan (1,290), Bebas Kunci (1,084), UPKO (622), PN (310), PIS (183), PBK (26) dan Bebas-Udang (21).

Satu lagi kerusi adalah Liawan yang dimenangi calonnya, Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi yang memperoleh 5,882 undi dalam pertandingan 10 penjuru.

Beliau menang dengan majoriti 643 undi dengan pesaing terdekat dari GRS yang memperoleh 5,239, Warisan (4,142), StarSabah (3,899), UPKO (658), KDM (501), PN (272), Rumpun (78), PIS (51) dan PPRS (37).

Nnn

Related posts

Leave a Comment