KUALA LUMPUR 29 Nov. – Datuk Jamawi Ja’afar diisytiharkan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap (Parlimen Tenom) dalam pertandingan lapan penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17. Beliau yang mewakili PH mengalahkan calon-calon KDM, StarSabah, Warisan, UPKO, Parti Impian Sabah dan dua calon Bebas. Jamawi pernah bertanding dan menang atas tiket BN di DUN Kemabong pada 2018 sebelum bertindak keluar parti menyertai Warisan dan kembali ke pangkuan UMNO-BN pada 2020, bertanding di DUN Melalap, tetapi tewas. Pada tahun 2022 beliau sekali lagi pertaruhkan BN bagi bertanding di…
Read MoreMonth: November 2025
DAP terima kekalahan teruk
SEPANG 29 Nov. – DAP Sabah yang gagal mempertahankan sebarang kerusi yang disandang sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah yang ke-17 menerima dan menghormati keputusan oleh para pengundi di lapan kawasan yang ditandinginya. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kelemahan dan kegagalan DAP memenangi sebarang kerusi. “Pucuk pimpinan parti akan mengambil iktibar daripada keputusan ini dan menilai semula segala kelemahan kami serta berusaha untuk memenangi semula sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan. Lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)…
Read MoreTidak rasmi BN menang sembilan kerusi
KUALA LUMPUR 29 Nov. – Keputusan tidak rasmi setakat pukul 8 malam ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) menang di sembilan kerusi termasuk kawasan Lamag yang diwakili Pengerusi BN Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin. Turut dilaporkan menang adalah Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Athur Joseph Kurup di DUN Sook. Selain itu Jafry Ariffin (Sukau), Anil Sandhu (Kunak), Harun Durabi (Bengkoka), Mohd Zharif Aizat Datuk Samsudin (Sekong), Datuk Salleh Said Keruak (Usukan), Zaini Tiksun (Sungai Manila), Suhaimi Nasir (Sungai Sibuga).
Read MoreDr Izhar Ariff pelengkap kekuatan Vacasia
KUALA LUMPUR 29 Nov. – Pelantikan Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim sebagai Penaung dan Penasihat Kehormat Vacasia Tours & Travels Sdn. Bhd. merupakan satu titik perubahan penting dalam hala tuju dan masa depan Vacasia. Pengarah Urusannya, Adam Ibrahim berkata, energi anak muda jika digabungkan dengan pengalaman tokoh ilmuan seperti Dr Izhar, ia mampu melahirkan satu pendekatan yang progresif, relevan dan penuh nilai untuk masa depan. Katanya, sebagai syarikat yang baharu menapak dalam industri umrah, Vacasia berdepan pelbagai cabaran, bukan sekadar urusan perniagaan tetapi amanah, juga ibadah, yang menuntut kesungguhan…
Read MoreHari penentuan pilih kerajaan negeri Sabah
KOTA KINABALU 29 Nov. – Sebanyak 882 pusat mengundi di seluruh Sabah dibuka tepat jpukul 7.30 pagi ini, bermulanya proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum Dewan(PRN) Sabah ke-17 yang melibatkan seramai 1.76 juta pengundi berdaftar. Proses pengundian berlangsung di 3,558 saluran mengundi yang membolehkan pengundi berdaftar memilih 73 wakil rakyat. Secara keseluruhan, sebanyak 596 calon bertanding di 73 kerusi DUN melibatkan 525 calon lelaki dan 71 calon wanita. Pusat pengundian akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5.30 petang. Nnn
Read MoreBerita pilihan…
Campak: Kematian turun, jangkitan naik
MOSCOW – Kes jangkitan campak menunjukkan trend meningkat walaupun kematian akibat penyakit itu di seluruh dunia menurun 88 peratus sejak 2000. Menurut kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak itu bertambah, dengan tiga kali lebih banyak kes pada 2024 berbanding 2019. Anggaran WHO menunjukkan 11 juta jangkitan pada 2024, hampir 800,000 lebih banyak daripada tahap sebelum pandemik pada 2019. WHO berkata, usaha imunisasi global membawa kepada penurunan 88 peratus dalam kematian akibat campak antara 2000 dan 2024 dengan hampir 59 juta nyawa diselamatkan oleh vaksin campak sejak 2000. Pada masa sama,…
Read More128 korban kebakaran pangsapuri
HONG KONG – Kebakaran pangsapuri di Wang Fuk Court, Tai Po, setakat ini meragut 128 nyawa, manakala kira-kira 200 orang masih belum diketahui statusnya. Setiausaha Keselamatan Hong Kong Chris Tang Ping-keung. tidak menolak kemungkinan lebih banyak mayat akan ditemukan apabila polis memasuki lokasi untuk siasatan lanjut. Katanya, polis Hong Kong akan mengumpulkan setiap bahan bukti dalam siasatan menyeluruh mengenai kebakaran itu yang dijangka mengambil masa tiga hingga empat minggu. Bercakap pada sidang media, beliau berkata, dipercayai kebakaran bermula pada jaring perimeter tingkat bawah Bangunan Wang Cheong, sebelum membakar papan busa…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu 29.11.2025
Perkukuh tradisi pengajian al-Quran dan hadis
PUTRAJAYA 28 Nov. – – Kerajaan akan terus memperkukuh tradisi pengajian Al-Quran dan hadis melalui pelbagai institusi pendidikan, termasuk sekolah harian, sekolah agama dan institusi tahfiz, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata kerajaan Madani merupakan satu-satunya kerajaan yang berjaya menekankan pengajian al-Quran, mendukung usaha pengajarannya sama ada di sekolah kebangsaan, sekolah agama atau sekolah pondok. Katanya, usaha memperluas pengajian hadis termasuk program Sama’ Hadis Bukhari yang dimulakan tahun lalu, kini diteruskan dengan pembelajaran keseluruhan korpus hadis Sahih Muslim. Tradisi seperti itu katanya pernah menjadi amalan pada zaman kegemilangan tamadun Islam…
Read More