SEPANG 21 Julai – Kerajaan didesak supaya menginstitusikan mekanisme undi tidak percaya dengan lebih jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang seperti Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, ia turut meliputi keperluan mewujudkan prosedur khusus undi tidak percaya dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi memastikan proses dijalankan secara berperlembagaan. Dalam kenyataannya, Bersih mencadangkan agar semua ahli Dewan Rakyat diberikan hak mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (PM) secara sah di sisi Perlembagaan dan memperkenalkan mekanisme yang lebih konstruktif iaitu mekansime Undi Tidak…
Read MoreDay: July 21, 2025
Kontrak katering kepada syarikat tiada sijil halal
KUALA LUMPUR 21 Julai – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) didapati menganugerahkan kontrak katering tiga tahun bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan syarikat itu, yang dikenal pasti sebagai 0267299-T, memperoleh tender untuk membekalkan makanan kepada pesakit di HCTM sejak Februari 2024 hingga Februari 2027. Menurut laporan itu, perolehan tender tersebut bertujuan ‘menyediakan sajian makanan yang halal kepada pesakit HCTM bersesuaian dengan status Dapur Utama yang telah mendapat pensijilan halal daripada Jakim’. Laporan yang…
Read MoreSembilan lokasi catat IPU tidak sihat
PUTRAJAYA 21 Julai- Sembilan lokasi di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat pukul 2.30 petang ini, meningkat berbanding lapan pada sebelah pagi. Menurut maklumat laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), lokasi berkenaan ialah Alor Gajah di Melaka yang masih mencatat bacaan tertinggi dengan IPU 157. Ini diikuti Kemaman, Terengganu (154); Johan Setia, Selangor (152); Banting, Selangor (152); dan Temerloh, Pahang (152); Seremban di Negeri Sembilan (151); Balok Baru, Kuantan, Pahang (145); Cheras, Selangor (133); dan Nilai, Negeri Sembilan (113).…
Read MoreAhmad Shabery dilantik semula Pengerusi Felda
KUALA LUMPUR 21 Julai – Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Beliau sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Julai, 2023, sebelum kontraknya tamat pada 30 Jun, 2025. Jabatan Komunikasi Strategik Felda dalam kenyataan hari ini juga memaklumkan pihak pengurusan dan seluruh warga Kumpulan Felda menyambut baik pelantikan semula itu. Felda yakin dengan pengalaman, wawasan serta komitmen tinggi, Ahmad Shabery akan terus membawa Felda melangkah lebih jauh seiring dengan hasrat Malaysia Madani. Sementara itu, Ahmad Shabery…
Read MoreASEAN usul rombak kuasa veto P5 PBB
KUALA LUMPUR 21 Julai – Malaysia bersama-sama negara anggota ASEAN sedang mengusulkan reformasi terhadap kuasa veto lima anggota tetap (P5) Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Menteri Luar, Mohamad Hasan berkata walaupun resolusi berkaitan isu Gaza diluluskan dengan sokongan majoriti dalam Perhimpunan Agung PBB, pelaksanaannya sering kali terbantut akibat kuasa veto lima negara itu. Negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB itu terdiri daripada China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Mohamad berkata, rombakan dan perubahan perlu dilakukan supaya kuasa veto itu tidak mengatasi resolusi yang telah diluluskan secara sebulat…
Read MoreTiada negara dapat kuota tambahan haji 1446
KUALA LUMPUR 21 Julai – Tiada kuota tambahan haji diberikan kepada mana-mana negara termasuk Malaysia pada musim haji 1446H/2025, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar. Katanya, kuota tambahan hanya diberikan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) pada 1445H dan ia digunakan sepenuhnya termasuk oleh pengelola jemaah haji. Beliau juga memberitahu, kuota haji rasmi tahunan yang diperuntukkan kerajaan Arab Saudi adalah sebanyak 31,600 dan bagi tempoh 2020 hingga tahun ini, tiada kuota rasmi haji Malaysia yang tidak digunakan. “Ia ditetapkan berdasarkan keputusan persidangan Pertubuhan Kerjasama…
Read MoreDapur Melayu’ Andalusia di Madinah
KUALA LUMPUR 21 Julai – Bagi jemaah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) yang menginap di hotel terpilih di Makkah, sudah pasti berpuas hati dengan makanan yang disediakan kerana memenuhi cita rasa masakan Melayu. Sama ada sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, mereka pasti dihidangkan masakan Melayu secara buffet yang disediakan oleh Ibtisam Catering. Sebaliknya ketika di Madinah, jemaah terpaksa menukar selera dengan hidangan pihak hotel, kerana ketetapan yang dibuat, semua makanan diwajibkan datang daripada ‘dapur’ hotel berkenaan. Bagaimanapun mulai 1 Ogos ini, Andalusia mengambil inisiatif baharu…
Read MoreBerita pilihan…
Pembenihan awan bermula di Riau
JAKARTA – Indonesia akan memulakan operasi pembenihan awan sekurang-kurangnya selama tujuh hari mulai hari ini bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang semakin buruk di Wilayah Riau. Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata operasi itu boleh dilanjutkan bergantung kepada keadaan di lapangan. Beliau berkata, sebuah pesawat Cessna dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Pondok Cabe di Wilayah Banten pada Ahad, dan operasi pembenihan awan akan menggunakan natrium klorida (NaCl) untuk merangsang hujan di kawasan yang terjejas akibat kebakaran. Data daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menunjukkan terdapat…
Read MoreIsrael tarik permit kediaman pegawai PBB
BAITULMUQADDIS – Israel menarik balik permit kediaman seorang pegawai kanan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan mendakwa individu berkenaan menyebarkan pembohongan mengenai perang di Gaza. Menteri Luar Israel, Gideon Saar, berkata, beliau sudah mengarahkan supaya permit kediaman Ketua Pejabat OCHA (Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB) di Israel, Jonathan Whittall. Whittall, seorang warganegara Afrika Selatan yang menetap di Baitulmuqaddis dan kerap melakukan lawatan ke Semenanjung Gaza, berulang kali mengutuk keadaan kemanusiaan yang dihadapi oleh lebih dua juta penduduk di wilayah Palestin itu. Pada April lalu, beliau menyatakan bahawa penduduk Gaza…
Read More