Dapur Melayu’ Andalusia di Madinah

KUALA LUMPUR 21 Julai – Bagi jemaah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) yang menginap di hotel terpilih di Makkah, sudah pasti berpuas hati dengan makanan yang disediakan kerana memenuhi cita rasa masakan Melayu.

Sama ada sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, mereka pasti dihidangkan masakan Melayu secara buffet yang disediakan oleh Ibtisam Catering.

Sebaliknya ketika di Madinah, jemaah terpaksa menukar selera dengan hidangan pihak hotel, kerana ketetapan yang dibuat, semua makanan diwajibkan datang daripada ‘dapur’ hotel berkenaan.

Bagaimanapun mulai 1 Ogos ini, Andalusia mengambil inisiatif baharu dengan menyediakan masakan dari Dapur Melayu untuk jemaah yang menginap di beberapa hotel terpilih di Madinah.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Ida Riswana Idris berkata, ini pembaharuan yang dilakukan di Madinah pada musim 1447H di mana masakan Dapur Melayu itu disediakan oleh tukang masak Melayu.

Katanya, dapur baharu di Madinah seluas 12,000 kaki persegi itu terletak di kawasan berhampiran Bukit Uhud dan jarak dengan hotel penginapan Andalusia adalah sejauh kira-kira 10 kilometer.

“Trak akan digunakan untuk penghantaran dan makanan ini mesti dihantar mengikut suhu yang ditetapkan supaya apabila sampai di hotel dalam keadaan suhu yang sesuai,” katanya melalui hantaran Facebooknya.

Semalam Ida Riswana mengadakan lawatan ke dapur yang disewa bagi meninjau persiapan dan kelengkapan dapur baharu itu bagi memenuhi peraturan Kementerian Kesihatan sebelum memulakan operasi bulan depan.

“Kepada anda yang ingin menikmati masakan Melayu bolehlah memilih pakej sederhana mulai 1 Ogos ini,” katanya.

Antara menu yang disediakan termasuklah kari sama ada ayam, daging, ikan di samping sayur dan ulam manakala bahan mentah kering pula dibawa terus dari Malaysia menggunakan kontena setiap dua bulan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment