Moderna sedia hadapi Delta

VAKSIN Moderna dilaporkan memberi perlindungan tinggi terhadap varian Covid-19 jenis Delta, demikian hasil kajian yang dilakukan pengeluar vaksin berkenaan.

Kajian dijalankan ke atas responden yang menerima dos kedua vaksin.

Vaksin berkenaan mencetus reaksi antibodi terhadap semua varian yang diuji, kecuali jenis virus yang kali pertama dikesan di China.

Vaksin Moderna didapati lebih berkesan menghasilkan antibodi terhadap varian Delta berbanding Beta yang dikesan di Afrika Selatan.

Saintis percaya dapatan data terbaharu ini bermakna vaksin keluaran Moderna mampu memberi perlindungan tertinggi terhadap varian baharu yang dikesan.

Related posts

Leave a Comment