BAITULMUQADDIS – Israel menarik balik permit kediaman seorang pegawai kanan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan mendakwa individu berkenaan menyebarkan pembohongan mengenai perang di Gaza.
Menteri Luar Israel, Gideon Saar, berkata, beliau sudah mengarahkan supaya permit kediaman Ketua Pejabat OCHA (Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB) di Israel, Jonathan Whittall.
Whittall, seorang warganegara Afrika Selatan yang menetap di Baitulmuqaddis dan kerap melakukan lawatan ke Semenanjung Gaza, berulang kali mengutuk keadaan kemanusiaan yang dihadapi oleh lebih dua juta penduduk di wilayah Palestin itu.
Pada April lalu, beliau menyatakan bahawa penduduk Gaza sedang ‘perlahan-lahan mati’ akibat kesan daripada tindakan ketenteraan Israel terhadap pejuang Hamas.
Keputusan Saar itu, adalah yang terbaharu dalam siri tindakan terhadap pegawai kanan pertubuhan antarabangsa itu.
Sebelum ini sejak perang bermula pada Oktober 2023, Israel menyukarkan proses mendapatkan visa bagi petugas OCHA, Pejabat Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR), dan Agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
