PKR umum 14 Pengerusi MPN KUALA LUMPUR 31 Julai – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan pelantikan pimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) – Pengerusi dan Timbalan Pengerusi melibatkan 14 negeri susulan mesyuarat biro politik parti yang diadakan hari ini. Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan memberitahu, pelantikan itu diputuskan pada mesyuarat biro politik parti hari ini. Menurut senarai yang dikeluarkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa merupakan satu-satunya pemimpin wanita yang dilantik mengetuai MPN iaitu di Johor. Manakala Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dilantik mengetuai…
Read MoreMonth: July 2025
RM40 bilion bagi sektor kesihatan RMK13
KUALA LUMPUR 31 Julai – Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RM13), sektor kesihatan akan menerima peruntukan sebanyak RM40 bilion sekali gus mengurangkan perbelanjaan rakyat atau dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata, pengurusan rekod kesihatan akan diperkukuh sebagai teras pendigitalan sistem kesihatan di mana usaha ini akan memantapkan keupayaan saling kebolehkendalian merentas fasiliti kesihatan. “Ini akan menyumbang kepada penjanaan analitik kesihatan berimpak tinggi yang diperkasa dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai usaha mempertingkat kualiti penjagaan kesihatan rakyat,” katanya. Anwar ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, hari ini berkata,…
Read MoreRMK13 : Tumpuan produk makanan negara
KUALA LUMPUR 31 Julai – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada penghasilan produk makanan dalam negara dengan penekanan kepada pertanian berskala besar bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan import yang kekal tinggi. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata tumpuan melibatkan lima negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Katanya , kebergantungan kepada makanan import masih terlalu tinggi dan bagi mengurangkan risiko kelumpuhan bekalan makanan import yang boleh jadi ancaman kepada negara, penghasilan produk makanan dalam negara akan dipertingkat. “Ini termasuk program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di MADA…
Read MoreDr Mahathir cabar Anwar bubar Parlimen
KUALA LUMPUR 31 Julai – “Kalau Anwar betul-betul berani, bubar sahaja Parlimen dan adakan PRU (Pilihan Raya Umum) sekarang,” demikian cabaran Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Mantan Perdana Menteri itu berkata, berbanding usul tidak percaya, melalui PRU, Anwar akan tahu sama ada rakyat menyokongnya atau tidak. Anwar sebelum ini berkata beliau tidak menghalang sebarang perhimpunan atau kritikan terhadap kepemimpinannya termasuk tuntutan supaya meletak jawatan tetapi proses itu perlu dilaksanakan secara demokratik sama ada melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya di Parlimen. Beliau mencabar pembangkang supaya…
Read MoreSambutan Hari Pahlawan 2025
PUTRAJAYA 31 Julai – Perbarisan Hari Pahlawan 2025 di sini dimulakan dengan persembahan lagu Negaraku, diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan Mejar Hafizan Mat Ghani daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat). Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama. Perbarisan Hari Pahlawan hari ini membabitkan 18 pegawai dan 685 anggota lain-lain pangkat daripada PDRM dan ATM yang diketuai oleh Superitendan Mohamad Ridzuan Roslan daripada PDRM. Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah turut berkenan berangkat ke istiadat perbarisan itu Istiadat sambutan yang dinaungi Polis Diraja Malaysia…
Read MoreAutomatik, tiada pendaftaran Sara
KUALA LUMPUR 31 Julai – Program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dilakukan secara terus untuk semua pemegang MyKad, tanpa perlu membuat pendaftaran atau permohonan oleh warga Malaysia Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata, kelayakan untuk penghargaan Sara adalah secara automatik berdasarkan data semua warganegara dewasa yang memegang MyKad. Justeru beliau menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang penipuan atau scammer yang menjemput pendaftaran program itu kerana data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digunakan. “Ini adalah julung kalinya bantuan tunai turut disalurkan kepada seluruh warganegara dewasa.…
Read MoreBerita pilihan…
Pemerdagangan manusia membimbangkan
GENEVA – Trend jenayah pemerdagangan manusia semakin membimbangkan, dengan ratusan ribu orang terperangkap dalam pusat penipuan dalam talian di Asia Tenggara, demikian pendedahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurut Ketua Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) PBB, Amy Hope, mangsa sering kali tidak menerima bantuan sebaliknya mereka ditangkap biarpun dipaksa terjebak dengan sesuatu kegiatan jenayah. Katanya, pemerdagangan lebih daripada krisis hak asasi manusia, apabila ia adalah perniagaan global besar-besaran yang memupuk rasuah, menimbulkan ketakutan, dan mengeksploitasi golongan paling terdedah. Pasa masa ini, di seluruh Asia Tenggara, ratusan ribu orang terperangkap dalam kawasan…
Read MoreAS kenakan tarif 50 peratus ke atas Brazil
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menandatangani satu perintah eksekutif baharu yang mengenakan tarif 50 peratus ke atas eksport Brazil, sambil memberikan pengecualian terhadap produk-produk tertentu. Perintah itu memberikan pengecualian bagi pesawat awam dan komponennya yang dijangka memberi manfaat kepada syarikat aeroangkasa Brazil, Embraer serta barangan seperti pulpa kayu, logam berharga, produk tenaga, baja dan jus oren. Keputusan itu dibuat bagi menangani “dasar, amalan dan tindakan terkini oleh Kerajaan Brazil yang membentuk ancaman luar biasa dan luar kebiasaan terhadap keselamatan negara, dasar luar dan ekonomi AS. Langkah ini…
Read More