KUALA LUMPUR 11 Jun – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM2025) tahun ini bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” dengan mengekalkan logo Malaysia MADANI sebagai logo rasmi sambutan tahun ini. Seperti tahun lalu, sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala sambutan Hari Malaysia tahun ini berlangsung pada 16 September di Pulau Pinang. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata tema itu menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menjunjung nilai perpaduan dan kesejahteraan. “Beberapa acara utama telah…
Read MoreDay: June 11, 2025
RM10,000 kepada mangsa korban nahas
PUTRAJAYA 11 Jun – Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa yang terkorban dalam tragedi nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik kelmarin. Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman sosial berkata, bantuan RM5,000 pula akan diberikan kepada mangsa yang cedera. “Semoga keluarga dan mangsa yang terkesan dalam insiden yang menyayat hati ini diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat ini,” katanya. Dalam kejadian tragis kelmarin, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meninggal dunia manakala tujuh mengalami cedera…
Read MoreHenti pekerja Petronas tidak berperikemanusiaan.
SEPANG 12 Jun – Cadangan memberhentikan 5,000 pekerja Petroliam Nasional Bhd (Petronas) adalah satu perkembangan yang mengejutkan dan disifatkan sebagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata, walaupun mereka hanyalah pekerja berstatus kontrak, kebanyakan daripada mereka telah lama berkhidmat kepada syarikat dan dalam masa sama perlu menyara keluarga. “Pemberhentian secara beramai-ramai tanpa diberikan peluang latihan tertentu untuk mendapatkan pendapatan bagi meneruskan kehidupan mereka adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan. Justeru adalah wajar pemberhentian mereka dibuat secara berperingkat selepas mereka dilatih termasuk latihan keusahawan…
Read MoreTiada maaf, tiada rayuan permit batal serta merta
KUALA LUMPUR 11 Jun – Tiada peluang rayuan, pembatalan semua permit syarikat pengendali bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak kelmarin dibatalkan serta-merta, bersifat kekal dan tidak berubah. Itu ‘hukuman’ awal yang dikenakan keatas syarikat berkenaan berikutan pelanggaran beberapa syarat permit. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pemilik syarikat melakukan dua kesalahan besar iaitu permit pengendalian bas dipajak kepada pihak ketiga dan pengendalinya tidak mengaktifkan GPS. “Pemilik memajak kepada pihak ketiga. Pemilik beralamat di Kedah dan dipajakkan kepada pengendali di Kelantan dan dibayar RM500 sebulan. “Ini melanggar syarat. Apabila…
Read MorePahang haramkan rokok elektronik
KUANTAN 11 Jun – Kerajaan Pahang bersetuju mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri itu, yang turut mendapat perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, fatwa pengharaman penggunaan vape adalah daripada Pejabat Mufti Pahang. “Fatwa itu dimaklumkan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang pada 3 Mac lalu melalui satu kertas yang dihantar oleh Pejabat Menteri Besar mengenai penggunaan vape dalam kalangan masyarakat masa kini. “Kerajaan negeri mengambil maklum…
Read More10 substrategi NACS 2024-2028 selesai
PUTRAJAYA 11 Jun – Sepuluh substrategi di bawah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 selesai dilaksanakan di mana lima daripadanya pada tahun lepas dan lima lagi sehingga 3 Jun. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata, kejayaan ini merupakan satu manifestasi komitmen dan kecekapan agensi-agensi terlibat dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Beliau memberitahu demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Prestasi NACS 2024-2028 Bersama Agensi Peneraju Siri 2 Bil. 1 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam. SPRM dalam kenyataannya memaklumkan kejayaan itu memperlihatkan iltizam…
Read MoreBerita pilihan…
Perbankan Palestin berisiko lumpuh
BAITULMUQADDIS – Sistem perbankan Palestin berisiko lumpuh susulan tindakan Israel membatalkan pengecualian yang membolehkan bank-bank Israel menjalankan urusan dengan institusi kewangan Palestin. Kementerian Kewangan Israel memaklumkan, perkara itu dibuat susulan tindakan Pihak Berkuasa Palestin yang didakwa cuba menjejaskan kedudukan Israel di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, Menteri Kewangan Bezalel Smotrich mengarahkan Akauntan Negara, CPA Yahli Rotenberg untuk membatalkan perlindungan undang-undang yang diberikan kepada bank-bank Israel yang menjalinkan urusan dengan bank-bank di wilayah Pihak Berkuasa Palestin. Smotrich sebelum ini pernah mengancam untuk memutuskan hubungan penting antara bank Israel dan Palestin di Tebing…
Read MoreLagi ditembak berhampiran tempat agihan
GAZA – Sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas ditembak tentera Israel ketika ribuan penduduk yang dipindahkan menghampiri tapak agihan bantuan di tengah Gaza semalam. Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan memaklumkan, kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum operasi mereka bermula dan merujuk sebarang pertanyaan lanjut kepada tentera Israel. GHF berkata, agihan bantuan pada Selasa berjalan lancar di tiga lokasi di selatan dan tengah Gaza. Tentera Israel dalam kenyataan berkata, mereka melepaskan tembakan amaran ke arah “suspek yang mendekati kawasan Wadi Gaza…
Read More