Kes baharu bertambah

PUTRAJAYA 15 April – Malaysia masih mengekalkan angka lima selepas merekodkan 10,413 kes baharu Covid-19 semalam, berbanding 10,052 kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4,363,024.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 13,361 kes (99.50%) adalah dalam kategori satu dan dua manakala 52 kes (0.50%) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.

Daripada 52 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 14 April 2022, 16 kes (30.77%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 11 kes (21.15%) menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

Sementara 25 kes (48.08%) telah menerima dos penggalak (booster), 24 kes (46.15%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 22 kes (42.31%) mempunyai komorbid.

Sebanyak 154 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 89 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 13,202 kes menjadikan jumlah keseluruhan 4,209,858 orang pulih.

Semalam, lapan kluster baharu direkodkan, dengan 112 kluster masih aktif.

Sementara itu tiada negeri mencatatkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bukan ICU melebihi 50 peratus, setakat semalam.

Kelmarin, terdapat dua negeri mencatatkan penggunaan katil di ICU melebihi 50 peratus iaitu di Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 67 peratus, diikuti Selangor dengan 51 peratus.

Bagi penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), hanya Perak mencatatkan penggunaan katil melebihi 50 peratus iaitu kini di paras 71 peratus.

Related posts

Leave a Comment