MKT boleh pertimbang rayuan ahli

KUALA LUMPUR 30 Jun – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) boleh mempertimbangkan sebarang rayuan yang dikemukakan oleh mana-mana ahli yang dikenakan tindakan disiplin parti selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 20.12. Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat MKT parti itu, malam ini. Baru-baru ini, UMNO Bahagian Sembrong mencadangkan supaya penggantungan keahlian bekas Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ditarik balik selaras matlamat memperkukuh parti. Sehubungan itu, Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, MKT akan menunggu…

Read More

Alif Lam Mim: Rahsia Langit yang Berbisik

KUALA LUMPUR 30 Jun – Ucapan terakhir Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menarik perhatian ramai apabila membaca tulisan bertajuk Alif Lam Mim: Rahsia Langit yang Berbisik. Beliau yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Kementerian Dalam Negeri membaca hasil tulisan Profesor Nadirsyah Hosen dari Melbourne Law School, University of Melbourne. Ucapan penuh makna tentang erti perjuangan, amanah dan pengorbanan itu disampaikan pada majlis serah terima tugas yang berlangsung di Dewan Theatrette Bukit Aman dengab disaksikan Ketua Polis Negara,…

Read More

SST : Kritikan biar berasaskan fakta

PUTRAJAYA 30 Jun  – Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa keputusan kerajaan berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), dibuat tanpa membebankan majoriti rakyat. Bagaimanapun kerajaan terbuka menerima kritikan berhubung SST namun pandangan mesti dibuat berasaskan fakta. “Apa yang dibangkitkan mengenai SST, saya lihat ada beberapa mahasiswa mengeluh katanya kadar elektrik naik. “Saya tak faham apakah benar dia terkesan, umpamanya jika ada universiti mengenakan kadar elektrik bagi mahasiswa. Kalau benar, itu kita harus betulkan dan yang saya tahu universiti awam dikecualikan. Jadi hal-hal ini disebar kerana…

Read More

Tidak boleh dilabel parti luar Sabah

KUALA LUMPUR 29 Jun –  Kehadiran lebih tiga dekad UMNO di Sabah membuktikan parti itu bukan lagi boleh dilabel sebagai ‘parti luar’ atau ‘parti Malaya’, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada landskap politik Negeri Di Bawah Bayu itu. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan berkata, dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hanyalah ‘gabungan parti Malaya’, adalah tidak tepat. “Ada yang kata PH dan BN hanyalah parti Malaya, namun sebenarnya dalam BN ada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang merupakan parti tempatan, manakala PH pula turut dianggotai…

Read More

Tutup pintu rundingan agih kerusi DUN Melaka

JASIN 29 Jun – UMNO Bahagian Jasin meluluskan usul menutup pintu rundingan dengan mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi membincangkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung tahun depan. Ketua Penerangannya, Zulkifli Kalil, ketika membacakan usul itu berkata mesyuarat perwakilan turut memutuskan supaya semua kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) akan kekal ditandingi pada PRN berkenaan nanti. Beliau berkata, usul terbabit adalah penting kerana ia menjadi penanda aras kepada UMNO dan BN Melaka yang memenangi PRN lalu dengan majoriti tiga perempat membabitkan 21…

Read More

Iran buka semula ruang udara tengah, barat

TEHRAN – Iran membuka semula ruang udaranya di kawasan tengah dan barat untuk penerbangan transit antarabangsa, mulai Sabtu, kata Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar. Jurucakap kementerian, Majid Akhavan berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat kelulusan Pertubuhan Penerbangan Awam (CAO) Iran serta selesai penilaian keselamatan dan sekuriti oleh pihak berkuasa berkaitan. Sebelum ini Iran telah membuka semula ruang udara timurnya untuk penerbangan domestik, antarabangsa dan transit. Namun katanya, tiada penerbangan akan mendarat atau berlepas dari lapangan terbang Iran di bahagian utara, selatan dan barat. Dalam kenyataan berasingan, CAO memaklumkan ruang udara…

Read More

China tolak perjanjian jejas kepentingan

BEIJING – China menolak perjanjian perdagangan mana-mana negara dengan Amerika Syarikat (AS) yang mengorbankan kepentingan China bagi mendapatkan apa yang disebut sebagai ‘kelonggaran tarif’. Jurucakap Kementerian Perdagangan berkata, China akan mengambil langkah balas tegas untuk mempertahankan hak dan kepentingan sahnya. “Sejak April, AS telah mendesak apa yang disebut sebagai ‘tarif timbal balik’ ke atas rakan perdagangannya. Ini adalah tindakan buli sebelah pihak yang biasa dan menjejaskan sistem perdagangan pelbagai hala serta mengganggu ketertiban perdagangan antarabangsa,” katanya menjawab pertanyaan media mengenai rundingan perdagangan AS dengan ekonomi lain baru-baru ini. China turut…

Read More