RM10,000 kepada mangsa korban nahas

PUTRAJAYA 11 Jun – Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa yang terkorban dalam tragedi nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik kelmarin.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman sosial berkata, bantuan RM5,000 pula akan diberikan kepada mangsa yang cedera.

“Semoga keluarga dan mangsa yang terkesan dalam insiden yang menyayat hati ini diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat ini,” katanya.

Dalam kejadian tragis kelmarin, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meninggal dunia manakala tujuh mengalami cedera parah selepas bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan pukul 1.15 pagi.

Related posts

Leave a Comment