KUALA LUMPUR 20 Ogos – Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kesungguhan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka apabila dua orang kanannya dilantik mengetuai rundingan berhubung kerjasama itu.
Pengerusinya Anwar Ibrahim berkata, Pengarah Pilihan Raya PH, Amiruddin Shaari yang juga Naib Presiden PKR dan Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail mengetuai rundingan itu.
“Itu memang (dibincangkan oleh) jawatankuasa biasa. Kita sudah ada Amiruddin dan Saifuddin untuk bincang,” kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada persetujuan sudah dicapai untuk membentuk kerjasama dengan BN dalam PRU DN Melaka.
Beliau ditemui media selepas merasmikan TikTok Shop Summit Malaysia 2026 di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Armizan Mohd Ali dan Menteri Keusahawanan dan Koperasi, Steven Sim.
Sebelum ini, Saifuddin menjelaskan PH terbuka kepada perbincangan untuk bekerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.
Beliau berkata, perkara itu akan diputuskan selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan Ketua Menteri Melaka, Abd Rauf Yusoh.
Nnnn
