PUTRAJAYA 28 Mei – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli melunaskan janjinya untuk meletak jawatan anggota Kabinet susulan kegagalannya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan 23 Mei lalu. Dalam kenyataannya, Rafizi memaklumkan telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa mulai 17 Jun dan mulai hari ini menghabiskan baki cuti tahunannya. โSeperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan,โ katanya. Menurut Rafizi beliau…
Read MoreMonth: May 2025
Melayu Berdaulat papar kekecewaan terhadap kerajaan
KUALA LUMPUR 28 Mei – Laungan โMelayu Berdaulat”, yang menggantikan “Hidup Melayu” seperti yang sering dilaungkan oleh parti-parti politik tertentu sebelum ini menunjukkan tahap kekecewaan terhadap keprihatinan kerajaan berhubung isu-isu berkepentingan orang Melayu dan Islam. Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Asmawar Samat berkata, pihaknya bersetuju dengan cogan kata “Melayu Berdaulat” itu kerana banyak isu melibatkan orang Melayu sering diusik sedangkan perkara itu sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam kenyataannya, beliau mendakwa, isu-isu berkaitan dilihat semakin terjejas dan tidak diendahkan termasuk akibat kecuaian dan kelemahan jabatan serta agensi…
Read MoreBerita pilihanโฆ.
Desak UK kena sekatan terhadap Israel
LONDON – Lebih 800 peguam, hakim, dan pakar undang-undang di United Kingdom (UK) mendesak kerajaan untuk mengenakan sekatan terhadap Israel berikutan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dalam perang Gaza. Mereka membuat desakan itu dengan menantangani surat terbuka kepada Perdana Menteri Keir Starmer, yang dihantar pada 27 Mei dengan menegaskan, genosid sedang berlaku atau sekurang-kurangnya terdapat risiko serius ia akan berlaku. Para peguam mendakwa bahawa sekatan makanan dan bantuan, serta serangan ketenteraan Israel yang semakin meningkat, telah menyebabkan kematian ratusan rakyat Palestin dalam tempoh dua minggu terakhir. Dalam surat sepanjang 36 halaman,…
Read MoreDiperdaya ketika โkelaparan, kebuluranโ?
GAZA – Bagaikan diperdaya dengan janji bantuan kemanusiaan tetapi sebaliknya bertukar menjadi “pembunuhan terancang” dan “jenayah perang yang dilakukan dengan sengaja terhadap orang awam”. Begitulah dakwaan Pejabat Media Kerajaan Gaza, susulan tiga orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam insiden kekacauan ketika ribuan rakyat Palestin yang kelaparan berusaha mendapatkan bantuan makanan daripada Gaza Humanitarian Foundation (GHF), organisasi yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Israel. Dalam keadaan kelaparan serta cuaca panas terik pada Selasa, ribuan penduduk Gaza memanjat pagar dan merempuh orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan yang amat diperlukan. Keadaan…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 28.05.2025
Pendekkan khutbah, solat Jumaat di Makkah, Madinah
MAKKAH – Semua imam dan khatib di kedua-dua masjid Masjidilharam dan Masjid Nabawi, diarah untuk memendekkan tempoh khutbah dan solat Jumaat sepanjang musim Haji 2025. Arahan itu dikeluarkan Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdulrahman Al-Sudais, mengambil kiraย realiti jemaah yang solat di kawasan mataf, tingkat atas dan pekarangan masjid yang terdedah kepada panas terik. Langkah ini juga sejajar dengan maqasid syariah dan kaedah fiqh yang menekankan tentang langkah memudahkan umat Islam dalam beribadah, khususnya dalam keadaan luar biasa. Arahan itu dikeluarkan sebagai tanda prihatin…
Read MoreAidiladha: Indonesia 6 Jun, Brunei 7 Jun
JAKARTA 27 Mei – Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Jumaat 6 Jun ini, sehari lebih awal dari negara jiran, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Menteri Agama, Nasaruddin Umar mengumumkan perkara itu selepas selesai mengadakan persidangan isbat untuk menentukan 1 Zulhijah 1446H dan Hari Raya Aidiladha di kementeriannya malam ini. “Berdasarkan laporan yang diterima, disepakati bahawa tarikh 1 Zulhijah jatuh pada Rabu, 28 Mei 2025 dan 10 Zulhijah atau Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun 2025,” katanya dalam kenyataan. Sementara itu di BANDAR SERI BEGAWAN, Menteri Hal…
Read MoreMalaysia, Singapura sambut Aidiladha 7 Jun
KUALA LUMPUR 27 Mei – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Sabtu, 7 Jun susulan tarikh 1 Zulhijjah 1446 jatuh pada Khamis. Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman malam ini menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1446 Hijrah ialah pada Khamis, 29…
Read More1,070,000 jemaah haji tiba di Arab Saudi
RIYADH – Lebih satu juta jemaah dari pelbagai negara di seluruh dunia sudah tiba di Arab Saudi setakat 28 Zulkaedah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, kata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 53 peratus daripada jumlah jemaah yang tiba adalah lelaki, manakala baki 47 peratus adalah wanita. Bercakap pada sidang media kerajaan mengenai persiapan musim haji, beliau memaklumkan 94 peratus jemaah tiba melalui udara, manakala 4.83 peratus melalui pintu darat dan kira-kira 0.5 peratus lagi melalui laut. Daripada 1.070,000 jemaah…
Read More