Duta sebak bangkit penderitaan kanak-kanak

NEW YORK – ““Mereka ini adalah kanak-kanak. Kanak-kanak… Kanak-kanak!” kata Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour, dalam nada sebak bercampur marah. Beliau merujuk penderitaan dan kematian yang dialami kanak-kanak Palestin dalam konflik berterusan di Gaza ketika menyampaikan ucapan di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada semalam, Rabu. Dalam ucapan penuh emosi itu, Mansour berkongsi kisah Dr. Alaa al-Najjar, seorang doktor warga Palestin yang kehilangan sembilan daripada 10 orang anaknya. Lebih memilukan, anak-anak Dr Alaa dibawa ke hospital tempat beliau bertugas dalam keadaan sudah tidak bernyawa dan rentung. “Ini…

Read More

Israel mengaku bunuh Sinwar

BAITULMAQDIS – Israel mengaku sudah membunuh pemimpin de facto Hamas, Mohammed Sinwar, yang didakwa mendalangi serangan pada 7 Oktober 2023 terhadap Israel, bersama arwah abangnya, Yahya. Menurut laporan media Israel, Sinwar menjadi sasaran serangan udara di selatan Gaza awal bulan ini, manakala abangnya terkorban pada pertengahan Oktober tahun lalu. Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengagung-agungkan serangan rejim Zionis yang berjaya membunuh puluhan ribu pejuang Palestin, termasuk Sinwar yang digelar ‘shadow’ atau bayang-bayang. Sewaktu di Parlimen, Netanyahu menyifatkan pencapaian perang selama 600 hari itu kononnya berjaya mengubah wajah…

Read More

Mas Ermieyati sedia hadapi saman Pengerusi Mara

SEPANG 28 Mei – Ahli Parlimen Masjid Tanah,  Mas Ermieyati Samsudin bersedia menghadapi tindakan mahkamah susulan kritikan terbuka terhadap kelewatan dan kelemahan pinjaman Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara). Katanya, beliau menyerahkan hal ini kepada proses undang-undang dan sedia menghadapi di mana-mana medan termasuk di mahkamah, jika itu pilihannya. Beliau merujuk kenyataan Pengerusi Mara Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, yang akan memulakan prosiding saman terhadapnya atas dakwaan menyebarkan fitnah berhubung pengurusan dana agensi itu. Dr Asyraf mendakwa  Mas Ermieyati menuduh beliau membazirkan dana Mara…

Read More

Dr Mahathar Ketua Pengarah Kesihatan

PUTRAJAYA 28 Mei –  Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur,  Dr Mahathar Abd Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa esok, 29 Mei 2025. Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Katanya, Dr Mahathar, 56, mula berkhidmat bersama Kementerian Kesihatan sebagai Pegawai Perubatan pada 1 Oktober 1996. Beliau berkelulusan Bachelor of Medical Science daripada University St Andrews, Scotland, Bachelor of Medicine and Bachelor Surgery (University of Manchester, United Kingdom) serta Master of…

Read More

PM lulus cuti Rafizi, Nik Nazmi

PUTRAJAYA 28 Mei – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersetuju meluluskan permohonan cuti Menteri Ekonomi,  Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, bermula esok. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan juga memaklumkan, bahawa Perdana Menteri sudah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada mereka berdua. “Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh YAB Perdana Menteri,” kata kenyataan itu. Terdahulu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri yang akan berkuat kuasa pada…

Read More

Idea Rafizi tidak akan dilupakan – Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 28 Mei – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menghormati Rafizi Ramli yang tidak pernah takut bersuara, selain sentiasa mencadangkan idea, strategi, dan dasar yang mengubah pemikiran mengenai tadbir urus, akauntabiliti dan reformasi ekonomi. Nurul Izzah berkata, banyak idea Rafizi tidak akan dilupakan, malah akan diteruskan, diperhalusi dan dilaksana, bukan kerana ia datang daripada dirinya atau Rafizi , tetapi kerana ia adalah apa yang tepat untuk Malaysia. “Pemikiran seperti Rafizi akan sentiasa menjadi kekuatan, sama ada berada dalam kerajaan atau tidak. Negara memerlukan idea dan langkah yang berani,…

Read More

Nik Nazmi ikut Rafizi letak jawatan

PUTRAJAYA 28 Mei – Nik Nazmi Nik Ahmad yang gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden Keadilan pada pemilihan PKR minggu lalu turut meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), berkuat kuasa 4 Julai ini. Ahli Parlimen Setiawangsa itu berbuat demikian sejurus selepas Rafizi Ramli yang gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Keadilan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi. Dalam kenyataannya, Nik Nazmi mengakui bahawa kedudukan sebagai Naib Presiden Keadilan merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikan ke jawatan Kabinet selepas pilihan raya umum lalu. “Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan…

Read More