KUALA LUMPUR 31 Mei – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersemayam semula di Hotel Grand Hyatt setelah berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara. Pakar perubatan menasihatkan baginda berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat balik ke Negara Brunei Darussalam. Demikian menurut laporan facebook Pelita Brunei. Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada Selasa kerana mengalami kepenatan. Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan bahawa keberadaan baginda di IJN adalah untuk berehat dan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan keletihan. “Baginda berasa sedikit letih,…
Read MoreMonth: May 2025
Tidak timbul isu Zafrul bayar RM100 juta
REMBAU 31 Mei – Tidak timbul isu Tengku Zafrul Abdul Aziz dikenakan pampasan RM100 juta atas tindakannya keluar parti disebabkan beliau bukan wakil rakyat yang terikat dengan aku janji semasa bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan menegaskan calon Parlimen Kuala Selangor itu tidak menang pada PRU lalu sedangkan aku janji terpakai untuk wakil rakyat yang meninggalkan parti. “Beliau menjadi menteri atas asas sebagai seorang Senator, jadi saya tidak nampak aku janji itu dapat dikuatkuasakan ke atas beliau,” katanya kepada pemberita di Rantau…
Read MoreSurat diterima, UMNO mohon 1 kerusi menteri
SERIAN 31 Mei – UMNO memohon Kerajaan Perpaduan memperuntukkan satu lagi jawatan Menteri untuk mencukupkan jumlah tujuh menteri mewakili parti itu sebelum ini susulan tindakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan UMNO. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO kini tinggal enam kerusi anggota Kabinet sebagai Menteri penuh. “Jika kuasa mutlak dilaksanakan sepenuhnya oleh Perdana Menteri maka dengan keberadaan Tengku Zafrul di luar UMNO, maka layaklah UMNO memohon satu kerusi menteri penuh untuk mempercukupkan jumlahnya kepada tujuh,” katanya. Beliau mengulas keputusan Zafrul meninggalkan UMNO dengan meletak semua jawatan parti…
Read MoreAmirudin minta Zafrul doakan MB kekal
SELAYANG 31 Mei – Tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai Dewan Undangan Negeri Selangor, yang penggalnya hanya berbaki dua tahun setengah. Justeru Naib Presiden PKR Amirudin Shari tidak menjangka akan mengosongkan kerusinya untuk berpindah ke peringkat persekutuan sebaliknya akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga penggalnya berakhir. “Insya-Allah saya kekal jadi MB (Menteri Besar), dia (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) nak pergi haji, saya minta dia doakan.” kata Amirudin secara spontan ketika diminta mengulas berhubung jawatannya susulan…
Read MoreTindakan Zafrul bukan luar biasa – Tok Mat
SEPANG 31 Mei – UMNO tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu sebaliknya ia sebuah parti yang dibina atas kekuatan akar umbi, semangat perjuangan, dan keyakinan rakyat – bukan pada nama atau kedudukan. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, dalam politik, orang datang dan pergi adalah lumrah, yang penting, perjuangan mesti diteruskan. Justeru, beliau menghormati keputusan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk berundur daripada UMNO dan memilih arah politik yang lebih dekat dengan pandangan peribadi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu. “Saya tidak anggap ini sebagai sesuatu yang luar biasa atau…
Read MoreShowTech MARDI 2025 kongsi hasil penyelidikan
SERDANG 31 Mei – Showcase Teknologi MARDI 2025 (ShowTech MARDI 2025) yang memasuki hari ketiga hari ini menawarkan 4,000 anak pokok durian MS88 untuk jualan kepada pengunjung sehingga Isnin ini. Di samping pelbagai jenis durian penyelidikan MARDI turut dijual anak pokok rambutan, mangga, kelapa serta sayur-sayuran. Umpama Mini MAHA, ShowTech MARDI 2025 dimeriahkan dengan pelbagai acara di dalam dan luar dewan pameran bermula dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dan Ibu Pejabat MARDI, Serdang. Antara tarikan utama program ini adalah lawatan ke plot…
Read MoreBerita pilihan…
Ikrar Israel bina negara Yahudi-Israel
BAITULMUQADDIS – Israel berikrar untuk membina sebuah negara Yahudi-Israel di kawasan Tebing Barat sambil memberi amaran akan menghancurkan Gaza jika Hamas tidak patuh kepada syarat gencatan senjata terkini. Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, membuat ikrar itu ketika lawatannya ke pos penempatan haram Sa-Nur di utara Tebing Barat. Kenyataan itu dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan gencatan senjata hampir tercapai sementara krisis kemanusiaan di Gaza terus merosot di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kesan kebuluran sudah mula kelihatan dalam kalangan penduduk Gaza. Katz berkata, Hamas mesti…
Read MorePerancis beri amaran kenakan sekatan
SINGAPURA – Perancis memberi amaran mungkin akan mengenakan sekatan terhadap Israel sekiranya Tel Aviv gagal mengambil tindakan segera terhadap krisis kemanusiaan yang semakin parah di Gaza. Presiden Perancis, Emmanuel Macron Dalam lawatannya ke Singapura pada Jumaat, Macron menegaskan, komuniti antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri sementara rakyat Palestin di Gaza berdepan kebuluran yang semakin meruncing. “Sekatan kemanusiaan ini mencipta situasi yang tidak tertanggung di lapangan,” kata Macron yang dalam lawatan ke Singapura pada sidang media bersama Perdana Menteri, Lawrence Wong. Beliau menambah : “Jika tiada respons dalam beberapa jam atau…
Read More