Tong ungu: MCA bimbang pengguna terkesan

KUALA LUMPUR 27 Mei – MCA mencadangkan harga yang lebih sesuai untuk gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi atau lebih dikenali sebagai tong gas ungu untuk pengusaha perniagaan khususnya peniaga minuman dan makanan. Naib Presiden MCA,  IR Lawrence Low berkata, langkah itu supaya ia tidak memberi kesan drastik terhadap pengusaha perniagaan dan pengguna atau pelanggan mereka terutama dikalangan B40 dan M40. Katanya, MCA setuju sekiranya pengusaha perniagaan tidak dibenar menggunakan LPG bersubsidi berharga RM26.60, namun pada masa sama, LPG komersial yang diwajibkan kepada mereka pada harga RM70 setong adalah tidak munasabah.…

Read More

Sijil halal dua hotel 5 bintang batal

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membatalkan serta merta sijil halal dua hotel bertaraf lima bintang di negeri ini susulan penganjuran satu program ‘ala parti arak’ di premis itu, baru-baru ini. Tindakan tegas itu diambil selepas serbuan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sejurus menerima aduan daripada orang awam. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata hasil serbuan itu, pihaknya mendapati penganjuran program berkenaan menggunakan peralatan sama dengan dapur yang mendapat pensijilan halal. “Ketika pemeriksaan dibuat hasil aduan awam, pihak kami…

Read More

Sekolah perlindungan jadi sasaran

GAZA – Tindakan Israel menyasarkan sebuah sekolah yang didakwa digunakan kumpulan Hamas telah mengorbankan sekurang-kurangnya 45 penduduk Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Mereka adalah orang awam yang kehilangan tempat tinggal dan mencari perlindungan di sekolah berkenaan. Pihak berkuasa kesihatan tempatan turut berkongsi imej yang tersebar luas di media sosial menunjukkan mayat-mayat yang kelihatan rentung atau terbakar teruk dikeluarkan daripada runtuhan. Tentera Israel mengesahkan ia menyasarkan sekolah itu dan memberi alasan ia digunakan sebagai pusat oleh pejuang Hamas dan Jihad Islam untuk merancang serta mengatur serangan. Israel berkata, tenteranya menggunakan senjata…

Read More

Operasi di Gaza bukan perangi keganasan

BERLIN – Operasi ketenteraan Israel di Gaza yang semakin banyak mencederakan orang awam dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa tidak lagi boleh dianggap sebagai sebahagian usaha Israel memerangi keganasan, Canselor Jerman, Friedrich Merz yang mengkritik operasi ketenteraan Israel di Gaza berkata, tindakan Israel menyebabkan penderitaan besar terhadap penduduk awam dan semakin meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini, “Apa yang sedang dilakukan di Semenanjung Gaza, yang menyebabkan penderitaan besar terhadap penduduk awam sejak beberapa hari kebelakangan ini, tidak lagi boleh dijustifikasikan sebagai perjuangan menentang keganasan,” katanya. Canselor itu mengakui yang Jerman secara…

Read More

Deklarasi KL ASEAN 2045 dimeterai

KUALA LUMPUR 26 Mei –  Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ‘ASEAN 2045: Our Shared Future’ menjadi pelan hala tuju baharu ke arah membina Komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik serta berpaksikan rakyat. Dokumen strategik jangka panjang menggantikan pelan ‘ASEAN 2025: Forging Ahead Together’ yang dimeterai hari ini merangkumi 500 langkah strategik dalam usaha memperkukuh masa depan serantau bagi dua dekad akan datang. Untuk rekod, ASEAN 2025: Forging Ahead Together’ dimeterai ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2015. Dokumen penting itu ditandatangani Perdana Menteri, Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Singapura, Lawrence…

Read More

Mangsa rabies pernah dicakar kucing

KUCHING 26 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun menjadi mangsa terbaharu iaitu kes pertama jangkitan rabies atau wabak anjing gila dalam kalangan manusia di Sarawak pada tahun ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dr Stephen Rundi Utom berkata mangsa dari Kampung Segedup, Batu Kawa di sini, kini dalam rawatan lanjut. Beliau berkata mangsa mula dikesan mengalami gejala demam, hilang selera makan, muntah, halusinasi, meracau, sukar berjalan dan sukar minum air pada 21 Mei lalu. Katanya, kanak-kanak itu mendapatkan rawatan awal di sebuah hospital swasta sebelum…

Read More

Ahmad Fauwaz Mufti Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR 26 Mei – Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Ahmad Fauwaz Fadzil dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuat kuasa Jumaat lalu, 23 Mei 2025. Ahmad Fauwaz adalah anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Noor dan memiliki kelulusan dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar serta Universiti Malaya, selain menjalani latihan kefatwaan di Dar al-Ifta, Mesir. Pada Oktober lalu, kerajaan melantik Ahmad Fauwaz Fadzil sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas bagi menyediakan sukatan pelajaran pemulihan akidah mangsa dan pengikut GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH). Sementara itu,…

Read More

Tempoh DUN Johor masih ada

ISKANDAR PUTERI 26 Mei – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan dibuat lebih awal memandangkan penggal pentadbiran kerajaan negeri hanya akan berakhir pada April 2027, kata Menteri Besar,  Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata dengan tempoh dua tahun lagi, tumpuan penuh adalah kepada kerja-kerja pembangunan ekonomi dan infrastruktur demi manfaat rakyat. “Ini bukan musim pilihan raya, penggal pentadbiran hanya akan tamat pada April 2027, ada dua tahun lagi jadi seperti dititahkan Pemangku Sultan Johor untuk kita fokus pembangunan negeri Johor. “Marilah kita cari titik persamaan agar kerjasama dapat dicapai dan…

Read More