PUTRAJAYA 28 Mei – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli melunaskan janjinya untuk meletak jawatan anggota Kabinet susulan kegagalannya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan 23 Mei lalu.
Dalam kenyataannya, Rafizi memaklumkan telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa mulai 17 Jun dan mulai hari ini menghabiskan baki cuti tahunannya.
โSeperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan,โ katanya.
Menurut Rafizi beliau menyertai politik untuk membudayakan politik baharu yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat.
โKekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan,โ katanya.
Pada pemilihan PKR sebelum ini, Rafizi tewas kepada Nurul Izzah Anwar selepas anak sulung Perdana Menteri itu meraih 9,803 undi manakala Rafizi hanya memperoleh 3,866 undi.
Dalam kempen jelajah yang dinamakan HIRUK – Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa, Rafizi berjanji untuk berundur sebagai anggota Kabinet jika tewas dalam mempertahankan jawatan No. 2 parti itu.
Berikut kenyataan penuh Rafizi
๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ญ๐ณ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
28 Mei 2025