MAKKAH – Semua imam dan khatib di kedua-dua masjid Masjidilharam dan Masjid Nabawi, diarah untuk memendekkan tempoh khutbah dan solat Jumaat sepanjang musim Haji 2025.
Arahan itu dikeluarkan Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdulrahman Al-Sudais, mengambil kira realiti jemaah yang solat di kawasan mataf, tingkat atas dan pekarangan masjid yang terdedah kepada panas terik.
Langkah ini juga sejajar dengan maqasid syariah dan kaedah fiqh yang menekankan tentang langkah memudahkan umat Islam dalam beribadah, khususnya dalam keadaan luar biasa.
Arahan itu dikeluarkan sebagai tanda prihatin terhadap keadaan semasa yang dihadapi oleh jutaan jemaah, khususnya ketika cuaca panas melampau melanda kota Mekah dan Madinah.
Langkah itu bagi meringankan beban fizikal dan menjaga keselamatan para jemaah yang menunaikan solat Jumaat di kedua-dua masjid itu di samping komitmen menyediakan persekitaran ibadah yang selesa, selamat kepada para tetamu Allah.
Menurut Sheikh Abdulrahman Al-Sudais, arahan itu sejajar dengan tanggungjawab dan sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran ibadah yang selesa dan selamat kepada para tetamu Allah.
Katanya, langkah pencegahan menjadi keutamaan susulan ketibaan jemaah dari seluruh dunia, ditambah dengan suhu yang sangat tinggi,
“Ia penting untuk mengelak strok haba, keletihan melampau serta risiko kesihatan lain yang boleh menjejaskan jemaah,”.
“Berdasarkan prinsip Islam yang bersifat mudah, berperikemanusiaan, kami juga mengarahkan agar waktu antara azan dan iqamah untuk semua solat tidak melebihi 5 hingga 10 minit. Sementara itu, keseluruhan khutbah dan solat Jumaat pula tidak akan melebihi 15 minit,” katanya.
Beliau turut menarik perhatian bahawa, memendekkan khutbah bukan sahaja membantu para jemaah untuk melaksanakan tuntutan ibadah secara sah dan sempurna, malah memberi peluang untuk mereka menyerap intipati khutbah dengan lebih fokus tanpa terganggu oleh cuaca atau keletihan.
Langkah ini juga sejajar dengan maqasid syariah dan kaedah fiqh yang menekankan tentang langkah memudahkan umat Islam dalam beribadah, khususnya dalam keadaan luar biasa.
Nnnn