Aidiladha: Indonesia 6 Jun, Brunei 7 Jun

JAKARTA 27 Mei – Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Jumaat 6 Jun ini, sehari lebih awal dari negara jiran, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura.

Menteri Agama, Nasaruddin Umar mengumumkan perkara itu selepas selesai mengadakan persidangan isbat untuk menentukan 1 Zulhijah 1446H dan Hari Raya Aidiladha di kementeriannya malam ini.

“Berdasarkan laporan yang diterima, disepakati bahawa tarikh 1 Zulhijah jatuh pada Rabu, 28 Mei 2025 dan 10 Zulhijah atau Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun 2025,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu di BANDAR SERI BEGAWAN, Menteri Hal Ehwal Ugama, Awang Badaruddin Awang Othman mengumumkan Brunei Darussalam akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun.

Pengumuman itu dibuat setelah hasil rukyah menetapkan 1 Zulhijah 1446 Hijrah bagi negara ini jatuh pada 29 Mei yang telah diumumkan secara langsung melalui Radio Televisyen Brunei.

Beliau membuat pengumuman itu setelah selesai persidangan mengenai hasil merukyah anak bulan Zulhijah 1446H pada tahun ini dari tempat-tempat yang ditentukan.

Nnn

 

 

Related posts

Leave a Comment