PUTRAJAYA 28 Mei – Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Mahathar Abd Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa esok, 29 Mei 2025.
Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Katanya, Dr Mahathar, 56, mula berkhidmat bersama Kementerian Kesihatan sebagai Pegawai Perubatan pada 1 Oktober 1996.
Beliau berkelulusan Bachelor of Medical Science daripada University St Andrews, Scotland, Bachelor of Medicine and Bachelor Surgery (University of Manchester, United Kingdom) serta Master of Emergency Medicine (Universiti Sains Malaysia).
“Saya percaya dengan kompetensi dan kredibiliti beliau untuk memacu agenda reformasi kesihatan yang sedang dilaksanakan pada masa ini untuk penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cekap, mesra serta profesional dalam memastikan manfaat kepada rakyat dan negara,” katanya.
Dr Mahathar menggantikan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan (gambar kecil) yang bersara wajib pada 1 Mei lalu selepas menyandang jawatan itu bermula 21 April 2023.
Nnnn