PUTRAJAYA 28 Mei – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersetuju meluluskan permohonan cuti Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, bermula esok.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan juga memaklumkan, bahawa Perdana Menteri sudah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada mereka berdua.
“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh YAB Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri yang akan berkuat kuasa pada 17 Jun 2025.
Bermula dari hari ini, beliau akan menghabiskan baki cuti tahunan hingga 16 Jun 2025.
Sementara itu, Nik Nazmi juga sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa pada 4 Julai 2025 dan bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025.
Nnn