SEPANG 30 Mei – UMNO mesti memberi amaran kepada PKR seterusnya menegur Anwar Ibrahim jika permohonan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai parti itu diterima, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Dr Mohd Puad Zarkashi. Pada masa yang sama, beliau juga akan mendesak UMNO menyemak balik akujanji semasa Zafrul menjadi calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, sama ada Zafrul boleh dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta kerana lompat parti? “Saya pasti akan membangkitkan isu Tengku Zafrul mahu menyertai PKR dalam mesyuarat MKT akan datang,” katanya dalam kenyataan melalui…
Read MoreMonth: May 2025
UMNO belum terima surat, Zafrul ke Makkah
KUALA LUMPUR 30 Mei – UMNO belum menerima secara rasmi surat Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyatakan meletakkan semua jawatan dalam parti seterusnya keahlian UMNO. Setiausaha Agung UMNO Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO juga memandang serius niat peletakan jawatan kerana ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam kenyataannya, beliau berkata, adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya. “Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian di kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai…
Read MorePatut letak sama jawatan menteri
SEPANG 30 Mei – Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh berkata Tengku Zafrul Aziz sepatutnya turut meletak jawatan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, selepas mengumumkan keluar parti itu. “Sepatutnya letak jawatan menteri sekali,” katanya di Facebook, sejurus selepas Zafrul mengumumkan melepaskan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua UMNO Kota Raja. Zafrul yang mendakwa menyertai UMNO sejak 1997 turut mengumumkan hasrat menyertai PKR dan akan mengemukakan permohonan. Dr Akmal juga secara sinis berharap PKR menerima permohonan masuk Tengku Zafrul untuk membuktikan persahabatan antara UMNO dan parti itu. Dr…
Read MoreZafrul tinggalkan UMNO mahu sertai PKR
KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan meninggalkan UMNO hari ini. Dalam hantaran di Facebooknya, beliau berkata telah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada pucuk pimpinan UMNO. Beliau juga menyatakan hasrat untuk menyertai PKR dan akan mengemukakan permohonan. Berikut kenyataan penuh: Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Pada hari ini, saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya kepada pucuk pimpinan UMNO. Di dalam surat tersebut, saya telah menyatakan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota…
Read MoreIsrael terima cadangan baharu gencatan
TEL AVIV – Israel menerima cadangan baharu untuk gencatan senjata dengan Hamas yang dikemukakan oleh utusan khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff, manakala Hamas memaklumkan, sedang meneliti cadangan itu. Menurut pegawai Israel, cadangan tersebut melibatkan pembebasan 10 tebusan hidup dan 18 mayat tebusan, serta gencatan senjata selama 60 hari. Bagaimanapun, tiada makluman diberikan mengenai rundingan ke arah penamatan perang secara kekal – satu tuntutan utama Hamas yang sehingga kini ditolak oleh Israel. Sementara, Hamas meneliti cadangan Witkoff “secara bertanggungjawab demi kepentingan rakyat, bagi memberi kelegaan dan mencapai gencatan senjata yang kekal.”…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 30.05.2025
Biro politik PKR bincang kos sara hidup
KUALA LUMPUR 29 Mei – Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan (PKR) bagi sesi 2025/2028 hari ini membincangkan mengenai langkah susulan terhadap kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden, Anwar Ibrahim itu turut menyentuh mengenai kesiapsiagaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (Sabah) yang akan diadakan tidak lama lagi. Menurut kenyataan Biro Politik PKR, mesyuarat dimulakan dengan mengambil kira siri pelaksanaan dasar yang bakal dibawa oleh pihak eksekutif berserta impak terhadap kos sara hidup rakyat. Langkah susulan turut diperhalusi bagi memastikan manfaat kepada rakyat sentiasa menjadi…
Read MoreKJ tidak terfikir kembali berpolitik
KUALA LUMPUR 29 Mei – Sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini, Khairy Jamaluddin tidak terfikir untuk kembali ke dunia politik sebaliknya mahu mengurus banyak perniagaan dan projek yang belum selesai. Bekas Menteri Kesihatan itu memberi bayangan bahawa beliau tidak akan kembali dalam dunia politik atau menyertai mana-mana parti dalam masa terdekat. “Saya cuma boleh cakap, ketika ini saya ada banyak projek yang belum selesai dan perlu diuruskan. “Saya juga agak gembira dengan apa yang dilakukan ketika ini, jadi sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini, tak terfikir untuk kembali ke dunia politik,” katanya.…
Read MoreJAIJ tahan penceramah tanpa tauliah
JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesahkan seorang penceramah agama ditahan selepas disyaki memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah dekat Pasir Gudang, malam tadi. Pengarah JAINJ, Nasri Md Ali, berkata penahanan lelaki berusia 50 tahun itu dibuat kira-kira pukuk 8.30 malam tadi oleh Bahagian Penguatkuasaan JAINJ dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam. Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan penahanan seorang penceramah tempatan di Pasir Gudang. Menurut Nasir, penahanan dibuat bagi siasatan di bawah Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana mengajar agama…
Read MoreAkmal terus tugas dalam ‘masa berbaki’
JOHOR BAHRU 29 Mei – Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir membayangkan tidak akan mengikut jejak Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang meletak jawatan dalam jemaah menteri. Dalam kenyataannya, beliau berkata segala tunjuk ajar serta teladan yang diberikan (Rafizi Ramli) akan terus menjadi pedoman untuknya menjalankan amanah dan tugas dalam masa yang berbaki ini. Semalam Rafizi meletak jawatan Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) selepas gagal mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan PKR baru-baru ini. Rafizi dan…
Read More