PM Itali disuntik AstraZeneca

PERDANA Menteri Itali Mario Draghi menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca pada Selasa, 30 Mac bagi menunjukkan sokongan terhadap penggunaan vaksin berkenaan.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, pemimpin berusia 73 tahun itu dan isterinya, Maria Serenella Cappello, divaksin di stesen kereta api Termini di Rom.

Awal bulan ini, Itali menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca keluaran Oxford selama beberapa hari berikutan timbul kebimbangan vaksin berkenaan yang dikatakan menyebabkan berlaku pembekuan darah.

Bagaimanapun ia dibenarkan selepas mendapat jaminan daripada Agensi Perubatan Eropah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyatakan vaksin AstraZeneca selamat untuk digunakan.

Draghi yang dilantik sebagai Perdana Menteri bulan lalu, berjanji untuk meningkatkan vaksinasi di negara itu.

Itali menjadi antara negara Eropah pertama mengenakan sekatan penuh bagi menangani penularan gelombang ketika Covid-19.

Angka rasmi Covid-19 di negara itu merekodkan 108,000 kematian akibat Covid-19.

Related posts

Leave a Comment