Sultan Brunei keluar IJN

KUALA LUMPUR 31 Mei – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersemayam semula di Hotel Grand Hyatt setelah berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara.

Pakar perubatan menasihatkan baginda berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat balik ke Negara Brunei Darussalam.

Demikian menurut laporan facebook Pelita Brunei.

Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada Selasa kerana mengalami kepenatan.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan bahawa keberadaan baginda di IJN adalah untuk berehat dan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan keletihan.

“Baginda berasa sedikit letih, jadi beliau berehat di Institut Jantung Negara,” kata Anwar dalam sidang media sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan ASEAN-GCC-China di ibu negara.

Sumber kerajaan Malaysia sebelum ini memaklumkan kepada agensi berita AFP bahawa Sultan Hassanal dimasukkan ke hospital ketika berada di antara mesyuarat ASEAN-GCC dan ASEAN-GCC-China.

(Foto fb Pelita Brunei)

Related posts

Leave a Comment