PUTRAJAYA 2 Ogos – Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah mengetuai delegasi Malaysia memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tanah Perkuburan Founding Imam Bandar Lusail, Doha. Beliau bersama delegasi negara dibawa wakil Kedutaan Malaysia di Doha mengiringi jenazah Haniyeh ke tempat istirehat terakhirnya di tanah perkuburan berkenaan. Melalui Facebooknya, beliau berkata, ribuan jemaah daripada pelbagai negara dan rakyat tempatan hadir solat jenazah di Masjid Imam Muhammad Ibn Abdul Al Wahhab Doha Qatar sebelum dibawa ke tanah perkuburan. “Saya dibawa oleh Wakil Kedutaan Malaysia di Doha mengiringi…
Read MoreDay: August 2, 2024
Perang Terhadap Gula hadapi diabetes
PUTRAJAYA 2 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius pengambilan gula yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun jumlah prevalen diabetes turun iaitu 15.6 peratus berbanding 18.3 peratus pada tahun 2019. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun terdapat penurunan, Malaysia masih tersenarai antara negara dengan prevalen tertinggi di Asia Tenggara bersamaan nisbah satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes. Susulan itu, KKM mengambil pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan lagi langkah bagi membendung masalah ini melalui Perang Terhadap Gula atau ‘War on Sugar’. Menurut Dr Dzulkefly, Pelan Strategik Mengurangkan Gula Dalam…
Read MoreJAIPk mohon maaf isu lawat kuil
IPOH 2 Ogos – Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) tampil memohon maaf, terutamanya kepada umat Islam susulan kontroversi berhubung isu tular klip video mengenai lawatan anjuran jabatan itu ke sebuah rumah ibadat bukan Islam baru-baru ini. Dalam kenyataannya, JAIPk berkata sebagai di antara jabatan yang diberi amanah mengurus hal ehwal dan kepentingan agama Islam, ia tidak sesekali mengendurkan pegangan terhadap prinsip-prinsip maqasid syariah yang selama ini mendasari perjalanan pentadbiran kerajaan negeri Perak. “Jabatan ini memohon maaf kepada semua pihak terutamanya umat Islam atas kontroversi yang timbul susulan penganjuran kursus…
Read MoreKita mampu boikot tetapi kurang ‘support’
RABU lalu, secara rasmi Malakat Mall ditutup. Jika 13 Mac 2020 tarikh keramat pembukaan rasminya tetapi 31 Julai 2024, Malakat Mall mengadakan majlis penutup rasmi dalam kalangan petugas pusat perniagaan itu. Begitulah berakhirnya ‘pasar mesra Muslim’ yang melibatkan peniaga-peniaga Melayu Muslim yang cuba memperjuangkan kebangkitan ekonomi orang Islam. Jika empat tahun lalu ruang bangunan itu diisi dengan groceries’ atau pasar runcit dan basah, restoran, kedai pakaian, hiasan rumah, buku dan alat tulis, barangan sukan, dan macam-macam lagi tetapi sejak beberapa hari lalu mula dikosongkan. Namun jangan salah faham. Untuk makluman…
Read MoreJAIPk diminta beri penjelasan isu video
IPOH 2 Ogos -Empat ketetapan diambil bagi menyelesai dan menangani kemelut berhubung isu penularan penyebaran klip video lawatan kursus anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) di sebuah rumah ibadat bukan Islam baru-baru ini. Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan berkata ia diputuskan menerusi satu mesyuarat khas pagi ini dengan ketetapan itu diputuskan selepas mendapat titah nasihat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas baginda disembah maklum mengenainya. Katanya, mesyuarat yang dihadiri oleh JAIPk, Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) itu…
Read MoreSolat jenazah ghaib Ismail Haniyeh
PUTRAJAYA 2 Ogos – Masjid di seluruh negara hari ini mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat untuk Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim Israel di Tehran, Iran. Selain masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), solat jenazah ghaib turut diadakan di beberapa negeri sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin, dalam menentang kezaliman rejim zionis. Ada juga masjid yang mengadakan solat jenazah ghaib lebih awal semalam atau malam…
Read MoreADUN Mahkota meninggal dunia
KLUANG 2 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Sharifah Azizah Syed Zain, 64, meninggal dunia pada pukul 12.25 tengah hari ini di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini. Perkhabaran duka itu disahkan Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, menerusi Facebook. “Saya berasa amat sedih apabila menerima perkhabaran duka mengenai pemergian ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain. “Pemergian Datuk Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ummi’, amat dirasai kerana beliau adalah seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi. Jasa dan bakti beliau untuk Johor, khususnya DUN Mahkota, tidak…
Read MoreBerita pilihan…
Hizbullah lancar roket ke Israel
BEIRUT: Susulan pembunuhan komander tertingginya, Fuad Shukr, Hizbullah melancarkan puluhan roketnya ke utara Israel pada Khamis sebagai tindak balas kepada serangan maut Israel di selatan Lubnan. Ia adalah serangan pertama kumpulan itu selepas Israel membunuh komander tertingginya petang Selasa minggu ini. Dalam satu kenyataan, kumpulan yang disokong Iran itu memaklumkan mereka melancarkan puluhan roket Katyusha, sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas kampung selatan Shama yang membunuh sejumlah orang awam. Tentera Israel pula berkata, sejurus selepas tembakan roket itu, tentera udaranya menyerang pelancar roket Hizbullah, lokasi di mana senjata…
Read MorePengebumian di Doha pada Jumaat
DOHA: Jenazah Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh bersama jenazah pengawal keselamatannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bagi upacara pengebumian. Jenazahnya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir. Ketua Biro Politik Hamas itu mati dibunuh dalam serangan di Tehran, Iran pada Rabu. Haniyeh, 62, berada di Iran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian, di Tehran, sehari sebelum itu Iran yang berkabung selama tiga hari sehingga hari ini berikutan kematian Ismail, mengadakan acara penghormatan terakhir buat pemimpin tertinggi Hamas…
Read More