Pengebumian di Doha pada Jumaat

DOHA: Jenazah Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh bersama jenazah pengawal keselamatannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bagi upacara pengebumian.

Jenazahnya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir.

Ketua Biro Politik Hamas itu mati dibunuh dalam serangan di Tehran, Iran pada Rabu.

Haniyeh, 62, berada di Iran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian, di Tehran, sehari sebelum itu

Iran yang berkabung selama tiga hari sehingga hari ini berikutan kematian Ismail, mengadakan acara penghormatan terakhir buat pemimpin tertinggi Hamas itu pada Khamis.

Ribuan hadir di majlis berkenaan, di mana ia turut disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen di Iran dan Jordan.

Hamas sebelum ini mengesahkan Ismail dan pengawal keselamatannya terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu di kediamannya di Tehran pada Rabu.

 

(keratan akhbar BH)

Nnnn

Related posts

Leave a Comment